CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 0

3 Lelaki Bergari Curi Kabel TM Depan Kolej Sultan Abdul Hamid

[Copy link]
Post time 10-5-2023 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terbabit kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di hadapan Kolej Sultan Abdul Hamid pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, ketiga-tiga suspek ditahan ketika sedang menarik kabel daripada sebuah lubang untuk dinaikkan ke atas lori pada jam 3.30 pagi tadi.




ketiga-tiga suspek ditahan ketika sedang menarik kabel daripada sebuah lubang untuk dinaikkan ke atas lori pada jam 3.30 pagi tadi. - Foto PDRM




“Kegiatan semua suspek sudah dikenal pasti dan diburu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan sepasukan anggota telah bertindak menyerbu selepas melihat ketiga-tiga suspek dalam keadaan mencurigakan.


“Hasil serbuan polis merampas sejumlah kabel TM yang telah dipotong, alat pemotong kabel (cutter), alatan lain dan sebuah lori,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ahmad Shukri berkata, ketiga-tiga suspek berusia 26 hingga 44 tahun direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 13 Mei untuk siasatan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.637712 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list