CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1140|Reply: 19

Dikutuk Artis Tua Dah Tak Boleh Menyanyi, Nash Bengang Ada Yang Pertikai Kemampuan Vokalnya

[Copy link]
Post time 10-5-2023 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Nash meminta agar netizen agar bijak mengeluarkan kenyataan membabitkan kualiti nyanyiannya pada masa ini.


Menurutnya, pada usianya 63 tahun sekarang, peminat tidak boleh berharap nyanyiannya akan sama seperti zaman mudanya pada tahun 1985 atau 1986.




Foto: Harian Metro




"Kalau ada antara netizen kata saya dah tak boleh menyanyi, maknanya mereka kurang cerdik. Kamu bercakap mengenai orang yang berusia lebih 60 tahun.


"Kamu jangka saya nak menyanyi seperti era 1980-an, itu kurang cerdiklah. Dah tentu saya tak ke laut kerana saya ada jiwa. Ini yang saya nak beritahu awal-awal.


"Saya tak kisah kalau ada yang nak kecam saya dari segi nyanyian tak sampai atau sebagainya. Yang paling pentingnya kita susun, kena bekerja dengan rapat bersama Man Kidal dan Pengarah Muzik Rio Rasul," katanya kepada Harian Metro.


Penyanyi kumpulan rock Lefthanded itu berkata, kalau bercerita berkenaan penyanyi Barat pun, mereka turut buat perubahan pada lagu mengikut faktor umur.


"Ia perkara biasa. Yang paling pentingnya jiwa, nostalgia akan datang bersama lagu-lagu ini. Kita akan terjemahkan dalam konsert itu nanti.


"Saya cakap begini kerana ada terbaca komen-komen netizen di media sosial yang mempertikaikan artis-artis lama kononnya dah tak boleh menyanyi dan sebagainya.


"Kalau menyanyi pun mikrofon bagi orang. Saya tak pernah bagi mikrofon pada penonton. Malah saya akan menyanyi sama. Yang pasti dah tentu 'arrangement' (susunan) lagu akan ikut usia saya," katanya.


Lefthanded yang dianggotai Man Kidal (gitar), Nash (penyanyi) dan Hafiz Dayak (dram), yang juga anak bekas pemain dram Lefthanded, Allahyarham Man Dayak akan menjayakan Konsert Lefthanded 40 Tahun Bersama Orkestra pada 3 Jun di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Konsert anjuran Menara Network Sdn Bhd ini akan turut menampilkan Ritz (gitar), Rio Rasul (keyboard), Fly (bass) dan penyanyi Yazid Lovehunters dan Hazama bagi memantapkan lagi konsert terbabit. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2023 02:39 PM | Show all posts
suara heols masih sedap yaa

maybe la stamina dek faktor umur

tapi suara unik heols plus vokal tekak warga emas, ages like fine wine gittewww
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 02:51 PM | Show all posts
suara still ok.. i ols suka btl dgr dia live.. tp tu la bak kata dia klau x sampai kna susun blk la arrangement tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 03:45 PM | Show all posts
Tok Nash suara power ehhh..... dah la wangiiii jeee..... senang handle heols...datang sorang je takde PA ke apa ke teman... datang, lepak2 belakang stage, nyanyi, lepakkk lagi...so humble & peramah... terus meols jadi peminat dia walaupun lambat.. hahahahahahah... cakap suara macho gila ye..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 04:40 PM | Show all posts
tiada lg kidungmu
dgn

pd syurga di wajahmu

all time fav from nash


Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 04:48 PM | Show all posts
pernah solat dia imam

first time woe imam suara rock
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2023 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn dah tak boleh nyanyi.. Cuma x sedap mcm dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 03:07 AM | Show all posts

Ya betul dah tak sedap .. bila dah tak sedap tak ada mood nak dengar. Tapi tua nar la pulak rupa dia ya. Harap duit arwah ex-wife yg "disonglap" dia dah bayar habis.

Retis barat mcm Scorpions band singer mantap jer suara dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2023 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Air supply tu sejsk lebih sepuluh tahun dah suara pancit. Tapi tiap kali konsert sold out.


Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
swimswim replied at 11-5-2023 01:21 AM
Bkn dah tak boleh nyanyi.. Cuma x sedap mcm dulu..

Better dari Amy search kah, I mean dari segi kemampuan sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 08:27 AM | Show all posts
mengaku jela xpyh nk bengang2 ngn org yg kutuk
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 08:32 AM | Show all posts
Nash, ARis Ariwatan, Mus May, Awie ... suara rock kaka minat
Aris terus menghilang
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 08:57 AM | Show all posts

Si tecik punyer all time favorite...


Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 08:58 AM | Show all posts
hello suara nash masih merdu di telinga ai, yg komen tu telinga takde seni
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 09:35 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 11-5-2023 08:57 AM
Si tecik punyer all time favorite...

yes2
love this one too



Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 09:52 AM | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 11-5-2023 09:55 AM

Yg ini?......paborit aku ni..



Try scrutinize among the crowd.....si @kemarukz dgn scandalnyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2023 09:54 AM | Show all posts
berusia buat cara berusia...dia pun tahu level mana. yg dok mengeji tu mmg sejenis minat dangdut/pop/rap ke dolu2....ke tak pernah kenal tok nash@lefthanded sebelum ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih aku google sapa bagi darjah atuk nash. Kerajaan naning je.

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 09:57 AM | Show all posts
DARSITA replied at 11-5-2023 03:07 AM
Ya betul dah tak sedap .. bila dah tak sedap tak ada mood nak dengar. Tapi tua nar la pulak rupa di ...

sosi ke?





Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa tertgk tt pasal lagu tiada lagi kidungmu tu baru ni baru tau lagu asalnya dr indog, tahun 70an gitu. Suara penyanyi asal sama mcm nash cuma nash hensem sikit la.
Dari kecik iols tertanya² knp guna word kidung, nah skrg baru terjawab lagu indog rupanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.044744 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list