CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 8

[Kedah] Budak lelaki 6 tahun pandu kereta sehingga kemalangan

[Copy link]
Post time 10-5-2023 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Budak lelaki 6 tahun pandu kereta sehingga kemalangan


Hamzah Osman
am@hmetro.com.my



TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan kanak-kanak yang memandu Toyota Vios sehingga terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi. FOTO Ihsan Pembaca




Langkawi: Kanak-kanak berusia enam tahun dikesan memandu Toyota Vios milik keluarganya sehingga terbabit kemalangan di Jalan Bukit Tangga di sini, malam tadi.

Kanak-kanak terbabit dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer (km) dari rumahnya bersama adiknya yang berusia tiga tahun untuk ke kedai bagi membeli mainan.

Video kemalangan terbabit tular tengah malam tadi dengan orang ramai terkejut apabila mengetahui kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan kejadian dalam video tular itu berlaku di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, berhampiran Kampung Titi Chanwang, jam 11.15 malam.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, kereta terbabit dilaporkan dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, manakala adiknya juga kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi penumpang.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang, terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Kampung Titi Chanwang.

"Susulan itu, pemandu kereta luka di dahi, manakala penumpang tidak cedera," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shariman berkata, kereta terbabit dipercayai dipandu kanak-kanak terbabit dari kediaman mereka di Kampung Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka, sejauh 2.5 km tanpa pengetahuan ibu bapa.

"Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.



Disiarkan pada: Mei 10, 2023 @ 8:15am












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2023 09:59 AM | Show all posts
biar betul.
mak bapak x pantau?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2023 11:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 11:21 AM | Show all posts
anak siapa laa yg hebat ni... berani!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2023 05:02 PM | Show all posts
Polis rakam keterangan ibu bapa kanak-kanak pandu kereta


Hamzah Osman
am@hmetro.com.my



Laporan terdahulu.




Langkawi: Polis sudah merakam keterangan ibu bapakanak-kanak yang memanduToyota Vios milik keluarga sehingga terbabit kemalangan di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, keterangan ibu bapa kanak-kanak berusia enam dan tiga tahun itu selesai dirakam tengah hari tadi.

"Siasatan lanjut dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi," katanya dalam kenyataan.

Shariman berkata, bapa kanak-kanak itu berusia 28 tahun adalah peniaga kedai runcit, manakala ibunya berusia 22 tahun seorang suri rumah.

Media melaporkan kanak-kanak enam tahun cedera di kepala selepas kereta dipandu kemalangan di Jalan Bukit Tangga di sini.

Dia dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer (km) dari rumahnya bersama adik yang berusia tiga tahun untuk ke kedai bagi membeli mainan.



Disiarkan pada: Mei 10, 2023 @ 4:51pm










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2023 12:55 PM | Show all posts
Pelik macam mana boleh tempuh 3 simpang, 1 lampu isyarat


Hamzah Osman
am@hmetro.com.my







Langkawi: Penduduk kampung dan jiran keluarga kanak-kanak berusia enam tahun yang memandu kereta sehingga terbabas kelmarin, masih tertanya-tanya dan buntu memikirkan bagaimana kejadian itu berlaku.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, kanak-kanak berkenaan bersama adiknya berusia tiga tahun dikatakan memandu kereta Toyota Vios milik keluarganya dari rumah mereka di Kampung Baru Teluk, Mukim Ulu Melaka menuju ke kawasan kedai di pekan Ulu Melaku sejauh kira-kira 2.5 kilometer.

Dalam perjalanan itu, kenderaan terbabit dikatakan perlu melintas sekurang-kurangnya tiga persimpangan termasuk perlu melalui lampu isyarat di pekan Ulu Melaka sebelum kereta itu dilaporkan terbabas.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mat Kod, 34, berkata pada malam kejadian, dia ada berselisih dengan kereta terbabit yang dipandu di jalan tar mini menghala ke jalan besar.

"Memang ketika berselisih dengan kereta itu saya rasa pelik sebab kereta dipandu di tengah jalan yang sempit hingga menyebabkan saya terpaksa mengelak sehingga ke semak di tepi jalan.

"Ketika itu waktu hampir jam 11 malam dan akibat keadaan gelap saya tidak nampak siapa yang memandu kereta itu, tapi gaya memandu kereta putih itu memang luar biasa," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mat Kod yang juga seorang nelayan berkata, dia masih tertanya-tanya dan seperti tidak percaya apabila mendapat berita mengatakan kereta yang berselisih dengannya itu dipandu kanak-kanak yang kemudian terbabit kemalangan.

Seorang penduduk lain juga jiran kepada keluarga itu dan mahu dikenali sebagai Kak Yah, 41, berkata dia turut hairan bagaimana kanak-kanak terbabit dapat memandu sejauh 2.5 km sebelum kemalangan.

"Pada hemat saya, agak mustahil bagi seorang kanak-kanak untuk memandu di jalan tar mini yang sempit dan berselekoh, kemudian perlu berhenti di simpang tiga sebelum ke jalan utama yang dilalui banyak kereta.

"Keseluruhannya, kereta itu perlu melalui tiga simpang tiga dan satu daripadanya mempunyai lampu isyarat, sebelum kereta itu dikatakan terbabas dan melanggar tiang lampu," katanya.

Pada masa sama, Kak Yah berkata, dia tidak kenal rapat dengan keluarga kanak-kanak berkenaan kerana keluarga terbabit jarang ada di rumah kerana sibuk bekerja dan dua kanak-kanak terbabit juga tidak bermain di luar rumah.

Sementara itu, usaha wartawan mendapatkan komen kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit gagal kerana panggilan telefon dan pertanyaan menerusi aplikasi WhatsApp tidak dibalas.

Tinjauan ke rumah keluarga kanak-kanak terbabit pula mendapati pintu pagar berkunci rapat dan tiada tanda ada penghuni di rumah berkenaan.

Terdahulu tular di media sosial rakaman dikatakan perbualan antara kanak-kanak lelaki dan ibunya mendakwa kereta terbabit sebenarnya dipandu seorang lelaki tua berbadan besar, hitam dan berbulu yang dipanggil sebagai tok wan.

Bagaimanapun, kesahihan rakaman berkenaan tidak dapat dipastikan setakat ini dengan usaha mendapatkan keluarga berkenaan masih dilakukan.



Disiarkan pada: Mei 11, 2023 @ 12:39pm












Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2023 04:51 PM | Show all posts
Tiada unsur mistik, budak tahu memandu - Polis


Hamzah Osman
am@hmetro.com.my



RAKAMAN gambar menunjukkan kanak-kanak terbabit memandu. FOTO Ihsan Pembaca




Langkawi: Kejadian kanak-kanak berusia enam tahun yang memandu kereta Toyota Vios milik keluarga sehingga terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Tangga di sini, malam kelmarin tiada kaitan dengan unsur mistik.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata berdasarkan keterangan kanak-kanak itu, dia didapati tahu cara memandu kereta dan turut mengetahui kedudukan gear.

Media sebelum ini melaporkan, kanak-kanak terbabit dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer (km) dari rumahnya bersama adiknya untuk ke kedai bagi membeli mainan.

Video kemalangan terbabit tular tengah malam tadi dengan orang ramai terkejut apabila mengetahui kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya.



Disiarkan pada: Mei 11, 2023 @ 4:35pm












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2023 05:19 PM | Show all posts
Kanak-kanak itu tahu cara memandu, tiada unsur mistik, kata polis


Hamzah Osman
am@hmetro.com.my



Laporan terdahulu




Langkawi: Kanak-kanak berusia enam tahun memandu Toyota Vios milik keluarga sehingga terbabit dalam kemalangan di sini, kelmarin didapati mengetahui cara memandu kenderaan dan mampu menunjukkannya kepada pihak polis ketika siasatan.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menolak dakwaan unsur mistik yang mendorong kanak-kanak itu memandu atau membantu dia memandu.

"Berdasarkan siasatan, didapati kanak-kanak itu juga mengetahui fungsi pedal minyak dan gear automatik, selain memiliki keyakinan dan menunjukkan bagaimana cara untuk turunkan brek tangan.

"Pemeriksaan terhadap rakaman kamera papan pemuka atau dashcam kenderaan menunjukkan pemanduannya tidak stabil, kadang kala memasuki lorong bertentangan dan ada ketika ke kiri dan ke kanan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shariman berkata, kanak-kanak terbabit juga boleh menunjukkan dengan betul cara menghidupkan enjin dan berjaya menghidupkannya apabila diminta pegawai penyiasat.

"Justeru, kita menolak sebarang unsur mistik dalam kes kemalangan ini seperti mana yang didakwa dan ditularkan oleh pihak tertentu menerusi pelbagai medium media sosial.

"Kanak-kanak terbabit dibawa ibu bapa mereka ketika memberi keterangan di Balai Polis Trafik Langkawi, jadi polis telah menemubual awal mereka sebagai sebahagian siasatan," katanya.

Beliau berkata, dalam proses temubual itu, kanak-kanak lelaki itu mampu menunjukkan cara bagaimana dia memandu pada malam kejadian, memberi penerangan fungsi gear D dan R kepada pegawai penyiasat.

"Malah dia mengaku telah berjaya mengundur kereta terlebih dahulu sebelum memandu keluar rumah pada pada malam kejadian.

"Difahamkan jarak rumah ke kedai yang ingin dituju oleh dua beradik itu adalah lima kilometer (km), tapi separuh jalan mereka kemalangan," katanya.



Disiarkan pada: Mei 11, 2023 @ 5:10pm












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2023 05:21 PM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 11-5-2023 05:22 PM

mak ayah mesti terciduk dgn pegawai penyiasat.

jauhnya dia nk pegi kedai 5km dr rumah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.070575 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list