CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7732|Reply: 212

Malam-Malam Bawa Adik 3 Tahun Nak Beli Mainan- Budak 6 Tahun Pandu Kereta Macam Orang Mabuk, Kemalangan Langgar Tiang Lampu

[Copy link]
Post time 10-5-2023 09:10 AM | Show all posts |Read mode
LANGKAWI – Penduduk terkejut apabila mendapati sebuah kereta yang terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, berdekatan Titicawang, di sini dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.


Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam semalam itu, kanak- kanak terbabit memandu kereta jenis Toyota Vios mengalami luka kecil pada dagu, manakala adik lelaki berusia tiga tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Foto: Kosmo




Beberapa video kejadian tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak malam semalam dan menerusi video itu, kereta terbabit didapati dipandu secara berbahaya sehingga pengguna jalan raya lain menyangkakan pemandu mabuk, namun terkejut apabila mendapati ia dipandu kanak-kanak.


Dalam video lain, kanak-kanak sama turut memberitahu bahawa dia mahu pergi ke kedai untuk membeli kereta mainan apabila ditanya penduduk yang berhenti untuk membantu.


Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima panggilan telefon berhubung kejadian kira-kira pukul 11.15 malam tadi.







“Kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu kanak-kanak berusia enam tahun bersama seorang penumpang yang juga adiknya, berusia tiga tahun tanpa pengetahuan ibu bapanya.


“Kereta itu yang datang dari arah Ulu Melaka hilang kawalan dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, berdekatan Titicawang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Kata beliau, dua beradik itu dipercayai keluar dari rumah ketika bapa mereka sedang tidur, manakala ibu berada di dalam bilik air.


“Kanak-kanak itu dipercayai memandu pada jarak kira-kira 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu,” ujarnya.


Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2023 09:17 AM | Show all posts
perghhhh...ckp pun pelat lagi....
gempak ko dik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:17 AM | Show all posts
..........................................
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
2.5km agak jauh dia boleh handle ok gak
Mcm tmpt aku dulu kete mahal gak
Tp dia bwk jln raya yg busy dak darjah 3
Teruk gak xcdnt lggr org
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:19 AM | Show all posts
Ya Tuhan. Nasib baik dua beradik ni selamat. Adiknya tu dah la baru 3 tahun. Budak ni berdiri ke sambil drive.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Caya lah dik. Baru 2 bulan masuk tadika dah reti bwk kete. Dah malam mcm ni takan pak mak tak dgr bunyi kete. Gate tak kunci ke malam2 ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2023 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur selamat dik.
Dah lewat malam, ibu bapa masih tak kunci pinru rumah lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya elok pulak dia x langgar kereta org lain / langgar org. Accident langgar tiang jela. X libat nyawa. Yg dewasa ni la ha ko smpai 2-3 org dia sapu, pak imam melintas jln punya luas pun boleh langgar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak nakal
Kecik2 dh pandai nk menjahanamkn harta mak bapak
Harap pak dia bg lempang sedas dua
Klu tak nt sejarah pasti berulang
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:28 AM | Show all posts
Mcmana la budak ni dapat idea  dan keberanian nk drive sendiri? mmg mak pak jenis biar pintu dan gate terbuka ke or budak2 ni mmg dh reti buat sendiri sb selalu tgk?

dh tu bila dh accident, i tgk both pun relax aja jawab persoalan org sekeliling. Kalau i time umur2 tu mmg dh meraung dh..takut ooo
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:32 AM | Show all posts


Hahahahahahaa sorrylah aiols tergelak. Mengucap panjang pokcik2 kat situ.

Budak ni memang nak kena rotan ler. Pukul 11 malam heols menyelinap keluar siap bawak adik kecik lagi. Makpak dah lena. Membahayakan diri dan orang lain. Asyik ulang2 nak pi kedai. Aiols rasa budak ni memang jenis hyper nakal. Kena ikat kat pokok biar kena gigit kerengga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
acik tatau la nak kata anak hebat ke anak ni nakal tahap bahaya.
tapi tahap observation dia amat tggi (tgk ayah/mak bawak kete tetiap hari) sampai blh terfikir nak drive kereta semata-mata nak membeli. gigih plak angkut adik join sekali.
kalau iols jadi mak dia, pengsan dulu kat rumah lepas dpt call anak excident drive kereta angkut adik skali
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:43 AM | Show all posts
cuma boleh kata nasib baik ko tak langgar kereta / org dik, kalau tak naya la mak bapak ko nak menjawab..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak tgh tido
Mak dlm bilik air
Anak umur 6 thn bwk adik umur 3 thn keluar drive keter
Sah la mmg anak ko ni nakal..elok kasi pelempang jah.sib baik takde yg mati
Takyah la nk puji2 bagai...mesti jenis x dgr kata tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni tak lawak
Tu syukur tak libatkan org lain
Klu libatkan org lain
Jadi mslh org plk
Cukup lah mat2 rempit atas hiway yg buat kau seriau
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:55 AM | Show all posts
sampai pulak kaki tekan minyak dik. naya kalau mati. xpasal mak ko kena jail
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow parent tak boleh cas pengabaian kanak2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung mak pak dia. Kecik2 dh pndai pegi kedai sendiri. Takde la menyusahkan org.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Vavi sungguh yg kerumun budak tu sambil rakam.
Hati musti melonjak girang sbb leh wat viral content.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 10:01 AM | Show all posts
doubleA replied at 10-5-2023 09:55 AM
Wow parent tak boleh cas pengabaian kanak2 ke

budak-budak ni menyelinap keluar kot..

mak bapak tak menyangka benda-benda ini akan berlaku...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.079316 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list