CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1583|Reply: 20

Takut Jadi Sarang Haiwan Berbisa Dan Laluan Tikus- Panas Hati Pokok Jiran Merimbun Masuk Dalam Rumah, Pemilik Tak Nak Cantas Sebab Cantik

[Copy link]
Post time 10-5-2023 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Seorang individu panas hati apabila melihat halaman rumah dipenuhi daun dan ranting kering daripada pokok jiran sebelah yang tumbuh merimbun.


Lebih sakit hati, teguran yang dibuat ternyata sia-sia bagaikan mencurah air ke daun keladi sampai bermasam muka.


Dia membuat luahan di Facebook, menyatakan kebimbangan melihat pokok jiran merimbun sehingga meliputi sebahagian penjuru rumahnya.


Foto: FB




Katanya, keadaan sebegitu dikhuatiri menjadi sarang haiwan berbisa selain menjadi laluan tikus ke bumbung rumahnya manakala akar pokok pula akan merosakkan lantai.


Katanya, dia sudah berhubung dengan jirannya itu berhubung isu itu dan kemudian bertanya pandangan warganet di grup Facebook bagi mendapatkan solusi.


"Cuma nak tanya pandangan ahli group. Saya dan keluarga baru sahaja berpindah di sebuah taman di Jitra, Kedah.


"Jiran saya tanam pokok tepi sempadan rumah saya. Apabila ditanya, nak cantas dahan pokok yang masuk kawasan rumah saya sebab setiap kali balik Jitra, kena sapu dan buang daun-daun kering dan saya pula kena bayar," tulisnya.


Malah, dia mendakwa jirannya itu juga pernah menyatakan bahawa pokok yang ditanam itu cantik.


Bagaimanapun, akibat tidak dijaga rapi, pokok berkenaan tumbuh merimbun sehingga naik ke atas bumbung halaman rumahnya.


"Sekarang pokok sudah merimbun sampai naik ke bumbung porch rumah, dikhuatiri tikus dan binatang berbisa boleh naik ke bumbung dan akar dari pokok tu sudah merosakkan lantai rumah saya," dia menyatakan kebimbangan.


Tambahan pula jirannya itu bukanlah menghuni rumah tersebut sebaliknya dijadikan homestay semata-mata.


Persoalannya itu kemudian mendapat pelbagai reaksi warga maya dan rata-ratanya mencadangkan dia untuk melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).


"Lapor PBT dulu, berbincang dulu dengan jiran... cari jalan penyelesaian untuk masalah.


"Kalau sikit saja, kita tolong buang dahan tu... kalau tak makan saman juga, buat report.


"Macam situasi saya... ambil gambar dan minta bantuan polis. Kalau kita ambil tindakan sendiri, jiran boleh buat report polis," ujar beberapa warga maya.


Sebilangan lagi menyarankannya supaya dia meletakkan racun supaya pokok layu dan mati.


Dalam pada itu salah seorang penduduk di taman itu di ruangan komen memaklumkan pokok yang dianggap bermasalah itu telah dicantas rapi selepas menjadi tular.


"Tanam rapat tepi pagar dawai, memang jiran complaint, " ujarnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya tak perlu tanya pun. Beli gergaji, potong sahaja dahan yang dah memasuki sempadan rumah.

Biar hodoh sikit pokok itu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:36 AM | Show all posts
benda simpel mcm ni pun nak mengadu kat netizen...bodoh sangat ke dia ni ???..potong je lah...pas tu racun kan pokok tu senyap2...mai sini aku jentik sikit telinga tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ki x reti nk cantas ke yg masuk tempat ko tu...pelik tul
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu aku beli umah landed strata
Lantak pi la org nk ckp kene byr managemnt fees ke apa ke..eh duit aku, sukati la kan
Yg penting, mslh2 mcm dlm artikel ni takyah susah2 aku nk kene hadap...ada management, suruh je management buat keje utk tgk landscaping bagai sume nih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Oooii..
Pokok jiran aku cantas ja.
Tadak tnya² dh.
Dia yg tnya aku knp buat gitu.
Hahahaaha..
Alih² dia tolong bersihkn sama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2023 10:19 AM | Show all posts
umah ko potong je la...sebelum tu amik ular plastik letak kat pokok pastu send dekat owner pokok...dah tua pun bodoh...saje nak buat content
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Perkara macam ni pun nak heboh satu malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis malas nak guna sel otak sendiri untuk fikir atau lembam?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pokok buah, pandai pulak ko cantas. Tak nak kongsi rezeki dgn jiran sebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokok spesis hapa ni merimbun betol. Jiran tuh pong patot kalau nak tanam pokok pon pilih la spesis tertentu yg tak rimbun mcm tu. Ingat rumah kayangan fefeeling laman besor?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 07:44 PM | Show all posts
Boleh ja nak potong dahan pokok yg masuk ke halaman kita. tak salah. kalau jirannya tak nak potong, kita potong sendiri. aku pelik org suka tanam pokok betul2 di sempadan. tak fikir ke pokok tu akan besar dan dahan sampai ke laman org? tanam hedges sebagai penghadang pandangan dekat sempadan ok la kalau selalu trim kemas.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat laporan kat majlis bandaran
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang je..cer tolak ranting2 tu hala masuk ke rumah tuan pokok. Pusing skali akar2 pokok skali.
Tak pon try bakar dari pucuk daun tu konon2 kene petir.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 07:54 PM | Show all posts
pokok jiran masuk kawasan kita maksud kita punya suke

buah pun kut belah jiran, pun jiran punya

rumah meols gitu je konsepnye

but trim la mana yg patot, itu sebaik2 nyehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 08:32 PM | Show all posts
kat kg aku dulu2 ada anak dara jiran kencing  depan rumah selamba je

masa tu umur aku 6 tahun anak jiran tu 3 tahun 7 bulan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah merimbun masuk rumah kau, trim je la dia nak buat apa pun? Report polis?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 08:57 PM | Show all posts
Potong je lah apa yang nak dirunsingkan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 08:09 AM | Show all posts
potong jela xyah kecoh la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Hal2 kejiranan ni kadang2 serba salah dibuatnya kan. Tolak ansur je kunci dia tapi kalau sebelah pihak je yg buat tak jadi jugak. Hujung2 masam muka sesama jiran. Kalau iols pi bgtau dulu elok2 dan mntk utk pangkas dan buang dahan2 yg masuk kat rumah kita tu. X jalan jugak baru la jadi syaitonirrojim pi potong sendiri. Dah ketegaq sangat kan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.244698 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list