CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

Tuntutan Sulu Bukan Isu Komersial - Azalina

[Copy link]
Post time 10-5-2023 01:10 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Waris Sultan Sulu boleh membawa tuntutan ke atas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), jika mereka mempunyai bukti.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata perkara itu bukan isu komersial tetapi isu kedaulatan negara.


"Mengapa tidak pergi ke ICJ? Jika mempersoal isu sempadan wilayah, itu bukan pada platform timbang tara komersial," katanya pada Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 di sini hari ini.


Kumpulan Sulu menuntut hak ke atas Sabah dengan memfail harta kerajaan di luar negara.




"Cabar kami dalam ICJ jika anda mendakwa anda layak, mempunyai bukti, pemetaan dan dokumen. Cabar kami dengan cara itu dan kami akan melawan anda sehingga selesai," katanya.


Azalina berkata. kumpulan Sulu sebenarnya menyalahgunakan proses timbang tara.


Beliau berkata, Malaysia tidak akan berdiam diri mengenai perkara itu dan akan terus mempertahan kedaulatan negara dan melaksanakan tindakan undang-undang.


Bayaran tahunan RM5,300 kepada keturunan Sultan Sulu dihentikan oleh Malaysia selepas kumpulan bersenjata mendarat di Lahad Datu pada 2013 untuk menuntut kedaulatan ke atas Sabah.


Susulan itu, sebuah firma guaman di London, mewakili sekumpulan sembilan orang yang berpangkalan di Filipina, memfailkan siri saman undang-undang terhadap kerajaan Malaysia, berikutan tuntutan timbang tara AS$15 bilion yang diperolehnya terhadap Malaysia.


Pada Februari 2022, mahkamah timbang tara Perancis mengarahkan Malaysia membayar AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada keturunan Sultan Sulu.


Penimbangtara Gonzalo Stampa memutuskan Malaysia melanggar perjanjian 1878 di antara kerajaan Sulu lama di Filipina dan wakil Syarikat Borneo Utara British yang pernah mentadbir Sabah.


Malaysia kemudiannya mencabar perintah timbang tara di Perancis dan Sepanyol.


Mahkamah Perancis memberikan perintah penangguhan terhadap anugerah itu, sementara menunggu keputusan dakwaan Malaysia perintah itu melanggar kedaulatannya ke atas Sabah.


Mahkamah Sepanyol awal tahun ini membatalkan pelantikan penimbang tara yang memberikan anugerah AS$15 bilion.


Dalam tindakan terbaru, keturunan Sulu itu cuba merampas tiga hartanah di Paris milik kerajaan Malaysia.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.038010 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list