|
Tiga beradik terbunuh ketika bermain apabila sebutir peluru mortar meletup di wilayah Kandahar di selatan Afghanistan pada Isnin.
Xinhua melaporkan, jurucakap polis wilayah Hafiz Saber pada Selasa berkata, peluru itu dipercayai tinggalan peperangan lalu dan ditemui kanak-kanak di kawasan Haji Aziz di bandar Kandahar pada petang Isnin.
Gambar hiasan
Malangnya, ketika tiga beradik itu mula bermain dengan peluru mortar berkenaan, ia kemudian meletup secara tiba-tiba.
Kejadian itu menyebabkan kesemua mangsa terbunuh serta-merta di tempat kejadian.
Kemalangan serupa meragut nyawa seorang lelaki di wilayah Logar timur Afghanistan minggu lalu.
Sumber: Bernama |
|