SAUDARA PENGARANG,
Tahun lepas, Terengganu meluluskan beberapa enakmen termasuk mengenai perbomohan dan sihir. Langkah ini harus disokong dan diikuti oleh negeri-negeri lain.
Kerajaan diminta mengambil langkah proaktif bagi menyegerakan pelaksanaan undang-undang jenayah sihir di seluruh negara bertujuan mengekang fenomena ilmu hitam itu daripada terus memporak-perandakan kehidupan masyarakat.
Gambar Hiasan
Unsur ilmu hitam dilaporkan berlaku dalam kalangan peniaga, pasangan suami isteri, artis, ahli politik, tokoh korporat dan tidak terkecuali murid dan ahli akademik di universiti.
Malah ada juga penipu atau individu tidak bertanggungjawab menggunakan pukau untuk mendapatkan keuntungan kewangan.
Malah, di zaman ini sudah pun wujud kes bomoh menipu pesakit demi menyelesaikan hutang peribadi yang tertunggak.
Saya tertarik dengan komen Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (Accin), Ab. Razak Mahadi baru-baru ini bahawa undang-undang jenayah sihir perlu diwujudkan khususnya bagi membela mangsa yang teraniaya kesan perbuatan ilmu hitam.
Menurutnya, walaupun ilmu sihir tidak dapat dilihat mata kasar, namun ia masih boleh dibuktikan melalui kaedah forensik, kepakaran pihak berkuasa dan juga pengesahan daripada pengamal perubatan Islam bertauliah.
Namun, menurut beliau, ia dilihat masih sukar untuk dibuktikan terutama untuk dibawa ke mahkamah. Perkara ini boleh diatasi dengan penggubalan undang-undang jenayah sihir dengan segera berserta kaedah-kaedah penyiasatan dan pembuktian.
Beliau juga mengatakan jika undang-undang jenayah sihir ini dapat diwujudkan, ia mampu menyelamatkan akidah umat Islam.
Pengamal atau pengupah sihir pula makin seronok melakukan sihir kerana beranggapan perbuatan ini sukar dikesan atau dibuktikan.
Kesukaran pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka untuk didakwa datang dari pelbagai faktor seperti kekangan undang-undang.
Perbincangan boleh diwujudkan secara berterusan berserta tindakan di antara pihak berkuasa daripada penggubal undan-gundang, polis, ahli agama Islam dan juga pengamal perubatan Islam.
Malaysia boleh belajar dari negara-negara yang telah mewujudkan undang-undang sihir ini untuk mengetahui kelemahan atau penambahbaikan yang telah dibuat terutama dari sudut undang-undang dan pelaksanaan.
Gunakan kelebihan media sosial untuk menyebarkan fakta pada orang ramai mengenai keburukan sihir. Tindakan tegas juga perlu diambil pada mereka yang didapati melakukan sihir kerana ia menyebabkan mangsa menanggung derita.
Ada mangsa yang terkena sihir sering bersengketa dengan pasangan, keluarga dan rakan sehingga menyebabkan berlaku penderitaan, kesakitan, perceraian dan kematian.
Takdir Allah SWT adalah suatu yang tidak boleh dinafikan, namun kesalahan kegiatan sihir ini perlu diambil berat dan dibanteras demi kemaslahatan ramai.
Sihir adalah suatu cabang ilmu yang haram untuk dipelajari kerana ia tidak mempunyai apa-apa kebaikan malah mendatangkan kemudaratan pada yang terlibat sama ada mempelajari atau mengamal ilmu tersebut. Bagi yang terlibat melakukan sihir, tiada siapa yang sempurna di dunia ini.
Maka perlu difahamkan, tiada siapa juga dapat menghalang taubatmu kerana Allah SWT Maha Pemurah dan Maha Pengampun, sehingga Dia tidak akan menolak menutup pintu keampunan-Nya pada mana-mana hamba yang ikhlas mengalirkan air mata memohon belas kasihan.
Juga hanya kemaafan yang ikhlas daripada pihak yang dizalimi mampu menyelamatkan di dunia mahupun di akhirat nanti. –Utusan Online
Post time 9-5-2023 10:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 9-5-2023 10:04 AM
Aiols baru tau ada law pasal sihir. Hebak.
Penah tengok drama series Dukun Diva kt astro
Nadia Aqilah lead
Lawak drama tu siap ada scene dia tgk kt youtube cara2 nak buat Sihir DIY lg..siap dgn dialog yg aku ingat, 'anda perlu ikatkan kain kuning ni dgn ikatan mcm ni...selamat mencuba'
Post time 9-5-2023 10:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 9-5-2023 10:36 AM
Kalau tak silap memang hada tutorial sihir kat Youtube sis. Tapi versi kokesen. Jap aiols co ...
Astaga Laa mmg wujud ka tutorial bende2 ni kt yutiub ni?
Aku ms tgk drama tu, mmg ingatkan depa melawak je..sbb Nadia Aqilah siap catit lagi bahan2 dan steps ala2 catit resepi kerol aming
Post time 9-5-2023 11:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 9-5-2023 10:49 AM
Wujud yach.
Aiols discovered bidyo2 ni masa gigih blaja pasal law of attractions dedulu.
Baru tgk ni ..Siap ada mantra bagai tu
Teringat film Sewu Dino
Ms depa kene mandikan mayat hidup si Dela Atmojo tu, sambil mandikan, sambil kene ikut meratib skali bacaan mantra dlm bhs jawa kuno smpi habis...dah le mantra tu panjang gila tu
Post time 9-5-2023 11:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
limesherbet replied at 9-5-2023 11:04 AM
Sihir yindon mane boleh beat level sihir Yahudi tu
Adakah sbb sihir yindon tak bleh rentas lautan?
Sbb teringat ada satu film indon ni dulu, if dia rentas lautan dia akan bertukar jd katak puru.tp tu dlm film la
In realiti,penah dgr,org ckp sihir x berkesan utk rentas lautan
Jauh tu nk smpi dr Indon ke TelAviv sana
Post time 9-5-2023 11:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
mcm mana law tu dilaksanakan? nak cari suspek pun payah. nati tak pasal2 jd fitnah plak.
kalau yg sakit2 tu ujung2 nati forensik claim kanser/drh tggi/kencing manis jah
benda2 mistik camni blh tgk dgn mata kasar ke nak link dgn forensik bagai.
Post time 9-5-2023 11:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-5-2023 03:17 AM
Adakah sbb sihir yindon tak bleh rentas lautan?
Sbb teringat ada satu film indon ni dulu, if dia r ...
Adakah sihir tak berkesan rentas lautan kerana salt water? Kan ke antu jin jemabalang ni takut garam katanya. Bila ngubat orang pun dukun2z setad2, suka pake garam kasar.