View: 250|Reply: 1
|
Macam Mana Kala Jengking Ada Dalam Kapal Terbang? Naya Penumpang Wanita Kena Sengat
[Copy link]
|
|
Seorang penumpang wanita yang menaiki Air India dari New Delhi ke Nagpur disengat kala jengking ketika menaiki penerbangan itu.
Syarikat penerbangan tersebut mengesahkan insiden itu berlaku melibatkan pesawat AI 630, pada 23 April lalu.
Menurut Air India, penumpang wanita itu, yang diberikan rawatan perubatan sejurus selepas pesawat mendarat di Nagpur, kini dalam keadaan stabil.
Gambar Hiasan
"Terdapat insiden yang sangat jarang berlaku dan malang melibatkan kala jengking menyengat penumpang di dalam penerbangan kami AI 630 pada 23 April 2023.
"Semasa mendarat penumpang tersebut telah dirawat oleh doktor di lapangan terbang dan kemudian dirawat di hospital sebelum dibenarkan keluar. Kakitangan kami mengiringi penumpang tersebut ke hospital dan memberikan bantuan sehingga dia dibenarkan keluar," kata Air India dalam satu kenyataan.
Air India menambah, pemeriksaan menyeluruh terhadap pesawat berkenaan dijalankan susulan kejadian itu.
"asukan kami mengikut protokol dalam menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan menemui kala jengking itu.
"Kami amat kesal dengan kesulitan yang dialami penumpang," kata syarikat penerbangan itu lagi. - Indiatimes
Syarikat penerbangan tersebut mengesahkan insiden itu berlaku melibatkan pesawat AI 630, pada 23 April lalu.
Menurut Air India, penumpang wanita itu, yang diberikan rawatan perubatan sejurus selepas pesawat mendarat di Nagpur, kini dalam keadaan stabil.
"Terdapat insiden yang sangat jarang berlaku dan malang melibatkan kala jengking menyengat penumpang di dalam penerbangan kami AI 630 pada 23 April 2023.
"Semasa mendarat penumpang tersebut telah dirawat oleh doktor di lapangan terbang dan kemudian dirawat di hospital sebelum dibenarkan keluar. Kakitangan kami mengiringi penumpang tersebut ke hospital dan memberikan bantuan sehingga dia dibenarkan keluar," kata Air India dalam satu kenyataan.
Air India menambah, pemeriksaan menyeluruh terhadap pesawat berkenaan dijalankan susulan kejadian itu.
"asukan kami mengikut protokol dalam menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan menemui kala jengking itu.
"Kami amat kesal dengan kesulitan yang dialami penumpang," kata syarikat penerbangan itu lagi. - CARI
Sumber: mStar/Indiatimes |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm dah pernah baca semalam. Dejavukah meolls ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|