View: 1131|Reply: 9
|
Anwar Hadir Tayangan Perdana Filem ‘Anwar, The Untold Story', Laungan Reformasi Gamatkan Pawagam
[Copy link]
|
|
Tayangan perdana filem biopik Anwar, The Untold Story yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada malam Isnin meriah dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar dan isteri tiba di pawagam berkenaan kira-kira pukul 8 malam diraikan oleh ratusan penonton yang sudah menanti kehadirannya sejak petang.
Kehadiran Perdana Menteri kesepuluh Malaysia itu disambut meriah dengan sorakan ‘Reformasi’ daripada pengunjung yang hadir.
Selain Anwar, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil juga turut dilihat hadir sama bagi memberikan sokongan buat filem yang mengangkat tokoh perjuangan politik itu.
Majlis tayangan perdana itu diserikan lagi dengan kehadiran barisan selebriti terkenal tanah air termasuk Datuk Yusof Haslam, Datuk M Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fauziah Datuk Ahmad Daud, penerbit David Teo dan penulis lirik Habsah Hassan.
Anwar, The Untold Story mengisahkan tentang jatuh bangun perjuangan Anwar Ibrahim dalam dunia politik terutama melawan rasuah.
Filem yang diusahakan pembikinannya sejak Ogos 2011 ini mengambil latar masa sekitar tahun 1993 sehingga September 1998.
Selain Malaysia, filem yang dibintangi oleh Farid Kamil, Acha Septriasa dan Hasnol Rahmat itu juga bakal ditayangkan di beberapa negara termasuk Brunei dan Singapura.
Anwar, The Untold Story bakal ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula 18 Mei ini.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
sape dah tengok tolong review... paling penting nak tahu ada tak babak aksi bersama si sepul tu... bang non buat haper sampai sheols tak basuh bunggung selama berminggu untuk di jadikan bukti tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa jerit reformasi..pttnye jerit OPR ramai2 |
|
|
|
|
|
|
|
nordin84 replied at 9-5-2023 05:03 AM
kenapa jerit reformasi..pttnye jerit OPR ramai2
Sat lagi muka ketat la dia |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak babak angkat tilam? Jerit2 tgh jalan? |
|
|
|
|
|
|
|
Berbaloi ke tengok filem ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu raya tahun depan kuat tv |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak tuduhan kena arsenik bagai tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|