CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

Ambil Kesempatan Nama Sama, Lelaki Tukar Hak Milik Tanah Arwah Bapa Tiri

[Copy link]
Post time 8-5-2023 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Peguam Syarie, Adilah Salleh dari Tetuan Adilah Salleh & Associate mendedahkan kes membolot harta pusaka dalam kalangan adik-beradik.


Katanya, kes melibatkan perbuatan menyeleweng harta pusaka orang Islam yang sepatutnya diagihkan secara faraid atau muafakat memang sentiasa berlaku sehingga ada yang mencetuskan pertengkaran.




Gambar hiasan




“Kes ‘curi’ harta pusaka biasanya sudah berlaku ketika kes sampai kepada saya.


“Harta pusaka terlibat perlu diurus dan diagihkan semula kepada semua pewaris yang layak sama ada di peringkat Unit Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Mahkamah Syariah atau sehingga ke peringkat Mahkamah Tinggi Sivil,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.


Kata beliau, kes berlaku apabila ada segelintir adik beradik, kebiasaannya anak sulung atau saudara paling tua yang sengaja ‘makan’ harta pusaka.


“Ada yang mengadu abang sulung seakan-akan mahu melewat-lewatkan pengagihan harta pusaka dan bila adik-beradik bertanya tentang hal itu, abang sulung akan marah.


“Sebaliknya, harta pusaka yang lewat diuruskan cende­rung menyebabkan berlakunya pengambilan secara salah,” ujarnya.


Katanya, ada kes abang sulung membolot semua hasil pertanian seperti tuaian padi di tanah milik arwah bapa tanpa membahagikannya dengan adik-beradik lain.


“Ada juga yang mengambil secara senyap dengan menyembunyikan geran tanah secara senyap-senyap yang sepatutnya diuruskan secara faraid.


“Individu itu berani melakukan penipuan kerana menyangkakan perbuatannya tidak akan disedari memandangkan arwah bapa yang sudah meninggal lebih 30 tahun dan meninggalkan banyak harta iaitu 34 geran tanah,” jelasnya.


Menurutnya lagi, kes peni­puan biasanya berlaku apabila pengurusan harta faraid lewat dilakukan sehingga ada yang mencecah 45 tahun setelah kematian pemilik harta, selain melibatkan harta yang banyak.


Selain itu katanya, ada juga individu yang sengaja meninggalkan nama pewaris yang layak menerima harta pusaka.


“Mereka datang dengan senarai nama pewaris, namun apabila siasatan faraid dibuat, rupa-rupanya ada pewaris lain yang diketepikan, justeru kita akan minta mereka senaraikan semula semua pewaris yang berhak atas harta pusaka terlibat,” ujarnya.


Kata Adilah, kes unik pernah dikendalikannya membabitkan seorang lelaki yang bertindak menukar hak milik tanah milik arwah bapa tirinya ke atas namanya secara salah.


“Secara kebetulan, nama bapa kandung lelaki itu sama dengan nama bapa tirinya. Kita percaya dia mengambil kesempatan dengan menukar hak milik tanah kepadanya.


“Kejadian disedari anak kandung si mati apabila dia mahu menyemak dan menguruskan harta pusaka miliknya yang me­rupakan anak tunggal sebelum terkejut tiga geran tanah bernilai ratusan ribu ringgit telah ditukar milik kepada anak tiri arwah bapa,” ujarnya.


Katanya, kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil dan kesemua tanah dan pampasan bagi tanah yang telah dijual diperintah dikembalikan semula kepada anak kandung si mati.


Justeru katanya, kesedaran dalam kalangan umat Islam dalam menguruskan harta pusaka pada masa ini dilihat semakin baik berbanding dahulu.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.211295 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list