CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1566|Reply: 17

Wany Hasrita Tak Jadi Beranak Di Kuching, Suami Dapat Cuti Sebulan Boleh Jaga Di KL

[Copy link]
Post time 8-5-2023 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Suami dapat cuti sebulan membuatkan Wany Hasrita menukar perancangan asal untuk melahirkan bayi sulung di Kuching, Sarawak.


Wany yang bakal menimang cahaya mata pada Julai ini akan menjalani pantang di sisi suami dan ibunya, Norita Jaafar, 52, di Kuala Lumpur.


Foto: IG




“Alhamdulillah, saya dan kandungan yang kini mencecah usia 31 minggu sihat. Insya-Allah akan bersalin Julai ini.


“Sepatutnya saya merancang untuk bersalin di Kuching kerana mudah, jadi suami tidak perlu cuti panjang. Tapi selepas meneliti perancangan, suami dapat bercuti sebulan, jadi saya tukar perancangan untuk bersalin di Kuala Lumpur.


“Jadi dapatlah suami menjaga saya sepanjang dalam tempoh berpantang,” katanya kepada Kosmo.




  



Menghitung hari untuk bergelar ibu, Wany mengakui perasaannya berdebar berdepan proses tersebut.


“Kita tidak dapat lari daripada perasaan berdebar dan bimbang. Banyak perkara yang saya fikirkan dan selalu bayangkan perkara buruk boleh berlaku. Mahu atau tidak kena hadap juga. Allah beri tempoh sembilan bulan untuk bersedia,” katanya.


Wany berkata, hidup berjauhan dengan suami, Muhd Al-Adib Fahmi Harun, 31, menjadi cabaran terbesar buatnya, namun bersyukur ibunya sentiasa berada di sisi.




  



“Sejak awal kehamilan, saya tanamkan proses (kehamilan) ini tidak senang dan tidak juga sukar. Semua bergantung kepada mental. Saya cuba biasakan diri dan tidak mahu menyusahkan orang lain,” ujarnya.


Berkongsi pengalaman sepanjang kehamilan, penyanyi lagu Menahan Rindu ini tidak mengalami alahan teruk.




  



“Saya tidak suka makanan berkuah yang sebelum ini memang menjadi kegemaran saya. Sekarang sudah masuk lapan bulan saya sudah boleh makan semula,” ujarnya.


Wany mendirikan rumah tangga dengan Muhd. Al-Adib yang merupakan seorang juruterbang pada 22 Julai 2022. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak aku askar. Masa mak aku mengandungkan aku, duduk kt Kuching. Disebabkan dia tak nak aku beranak kat sana, dia sanggup transfer balik semenanjung.. Mak aku cerita, dorg balik naik kapal terbang tentera, masa tu mak aku dah 7bln lebih.. Nasib lah tak terberanak awal dlm kapal terbang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 08:53 PM | Show all posts
ok semoga di permudahkan urusan...
tapi sebenarnya kaka nak bagitahu kaka tak nantikan pun ko beranak nyah...
tengok rhoper laki ko pun terus menopos apatah lagi nak nantikan anak retis beranak kat mana...

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
lakinya 31? nampak macam 39 taun. sory
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 09:07 PM | Show all posts
muka laki dia sekali imbas bau mcm keropok lekor n budu kuat sgat
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca sekali imbas Kuching dengan beranak. Aku ingat kucing yang nak beranak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2023 09:18 AM | Show all posts
Laki dia keje apa ye? N memang asal org sarawak? kalau betul, untung la boleh dapat IC sarawak huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 09:59 AM | Show all posts
sudirmanistas replied at 9-5-2023 09:18 AM
Laki dia keje apa ye? N memang asal org sarawak? kalau betul, untung la boleh dapat IC sarawak huhu.

pilot, mmg org sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2023 12:46 PM | Show all posts
nnti kt srt branak kena ltk K kn?ehh ke cmne lupe plk..sbb ank2 adik aku sorang 2 org kena ltk sorang xyah ltk..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
moga dmudahkan urusan bersalin, baby dan ibu sihat
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sudirmanistas replied at 9-5-2023 09:18 AM
Laki dia keje apa ye? N memang asal org sarawak? kalau betul, untung la boleh dapat IC sarawak huhu.

Serious question. Kenapa untung dapat IC sarawak? Ada kelebihan dia ke? Tanya sebab tak kenal anyone yang lahir dekat sarawak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 12:57 PM | Show all posts
nena9042 replied at 9-5-2023 12:52 PM
Serious question. Kenapa untung dapat IC sarawak? Ada kelebihan dia ke? Tanya sebab tak kenal anyo ...

Untung compare dgn lahir negeri semenanjung pasal Sarawak ada autonomy sendiri kan mcm immigration etc2. Mcm org semenanjung nak cari kerja dkt sana, perlu permit n kene renew tiap2 tahun itupun kalau dah approved n kalau nak melancong ke sana ada limit 90 days max. Tpi kalau ada IC Sarawak, x perlu smua tu wlupun dua2 sama je rakyat Malaysia. N maybe kalau ada bantuan from Kerajaan Sarawak, dia eligible lah wlupun duk dkt semenanjung maybe sbb negeri kaya kan. Lain2 tu maybe ada org lain nak tambah ke haha.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan wany barista thomas & friends
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp diorg xduduk same..
Wanie pun mcm xde lagu or projek terkini kan..
N pilot mcm mne kne based kat kuching..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sudirmanistas replied at 9-5-2023 12:57 PM
Untung compare dgn lahir negeri semenanjung pasal Sarawak ada autonomy sendiri kan mcm immigration ...

Oooh. Hahaha okay thank you inform
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 9-5-2023 01:16 PM
Knp diorg xduduk same..
Wanie pun mcm xde lagu or projek terkini kan..
N pilot mcm mne kne based kat ...

Dia airasia pilot kan? If betul memang airasia ada hub dekat sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je ai ngan die ni..xde over nak sorok atau nak attention..just nice je...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 12:28 PM | Show all posts
nena9042 replied at 9-5-2023 01:41 PM
Dia airasia pilot kan? If betul memang airasia ada hub dekat sana.

oh suami sheolz pilot AA ka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.057009 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list