CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1571|Reply: 7

Difitnah Macam-Macam, Raja Afiq Dan Isteri Gelak Besar "Dia Bekas Polis, Takkanlah Diam Je Kalau Saya Pukul"

[Copy link]
Post time 8-5-2023 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Dugaan dan fitnah yang datang bertimpa-timpa kepadanya sedikit pun tidak mencalarkan nama serta imej Raja Afiq.


"Kisah mengenai saya memukul isteri itu adalah fitnah. Kalau betul, tentunya isteri saya sudah keluarkan kenyataan dan tak mungkin dia akan berdiam diri. Setakat ini, kami baik saja.


Foto: IG




"Saya ada dengar mengenai perkara itu, tapi pada ketika itu kami sedang berada di luar sedang memancing udang. Tiba-tiba, bila keluar berita sebegitu, rasa macam kelakar pun ada.


"Kami sama-sama tergelak sebab kami tak ada sebarang isu pun," katanya kepada Utusan.




  



Menurut Afiq, isterinya Soffwany Yusoff adalah bekas anggota polis dan mustahil untuk dia tidak mengambil sebarang tindakan sekiranya ia benar-benar berlaku.


"Dia bekas anggota polis. Jadi, tentunya dia tahu apa tindakan yang patut diambil sekiranya benar dia dipukul oleh saya. Jadi, kami anggap ini sebagai dugaan dalam rumah tangga.


"Bagi saya, kontroversi sebegitu tidak mencalarkan nama saya sebab saya tak buat perkara itu. Kalau ya, memanglah tercalar," katanya.




  



Mengenai fitnah berkaitan pengambilan bahan terlarang, Afiq kata itu sabotaj.


"Mengenai pengambilan bahan terlarang, itu juga fitnah dan saya dah keluarkan kenyataan sebelum ini. Mungkin ia juga bersifat sabotaj terhadap saya.


"Mungkin ada pihak yang iri hati apabila melihat saya kembali aktif dalam lakonan," katanya.




  



Genap tiga tahun bergelar suami, Afiq turut berkongsi bagaimana dia dan isterinya bersama-sama mencari rezeki ketika tiada tawaran lakonan diterimanya.


"Ketika tak ada tawaran lakonan, saya berniaga. Saya sertai pelbagai acara jualan daripada jualan produk makanan, pewangi sehinggalah ada membuat ulasan untuk produk.


"Itu sedikit sebanyak membantu saya untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama isteri. Alhamdulillah, Allah sentiasa bantu memberikan rezeki.


"Walaupun tak banyak, tapi rezeki yang ada mencukupi untuk kami suami isteri," katanya.




  



Pada masa sama, Afiq juga sentiasa memberi dorongan kepada penyokong utamanya itu untuk kembali aktif dalam dunia seni.


"Isteri saya sentiasa ada untuk menyokong kerjaya seni saya. Kalau yang kenal dia, dia juga penyanyi dan pelakon.




  



"ada masa sama, saya juga mengajak dia untuk aktif kembali dalam bidang seni memandangkan dah alang-alang kami berdua bekerja dalam bidang sama, katanya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis mmg kalau keluar gosip psl diorg je tergelak eh.ramai naw statement tergelak sama la apa la.hujung2 gosip tu betul
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 02:56 PM | Show all posts
tergelak konon... ada je cikki yang pegawai pun bodoh dungu juga mendiam sebab hadap ciknek jantan tak guna macam kau...walaupun kepam hangit hanyir je nampak... dah benti keja pun nampak bodoh...apa lagi kena stay ngan kau sebab dah takde job...bukak tudung pun tak lawa mana.. terpaksa la menjual-jual produk timbang kilo... nak harap kau punya job mmg lamberrrttt lagi lah nak top artist high demand sebab attitude annoying kau..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrip cliche.. Mula2 tergelak ler lama2 terselak semua kebenaran.. Jgn memain dgn netizen.. Kalau takde angin masakan pokok bergoyang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 03:23 PM | Show all posts
oh bini dia dh benti polis ke..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 03:34 PM | Show all posts
Kepam plak binik dia.. dulu dok PGU leklok nampak wangi jekkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
bekas anggota pn bknnya bahagian jenayah. setakat menyanyi gedik2 camtu. bkn sorang kenal bini kau tu [em:4:][em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 05:00 PM | Show all posts
pegawai polis pun apa kena mengena nyah...
ada je cikki hadap ciknek layut dan kecik macam kau dan sanggup kena hempuk dan smackdown dek laki...

si zarina sabut nyoq tu pun aman2 jah reda kena hempuk dan smackdown dek anak demi konten... mungkin bini kau pun serhoper si zarina sabut nyoq... asalkan lepas kena hempuk dan smackdown boleh teruskan kacau2 pulut rendang dan jual... lepastu dah masyuk pergi buat hidung... bagi la alasan buat sebab sinus... walhal nak hidung jambu batu tu transform jadi paruh parrot...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.464998 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list