View: 10308|Reply: 175
|
Puteri Sarah Pula Fail Tuntutan Nusyuz Terhadap Syamsul Yusof
[Copy link]
|
|
Selepas Syamsul Yusof memfailkan nusyuz, uteri Sarah turut melakukan perkara sama apabila memfailkan tuntutan nusyuz terhadap suaminya itu.
peguam bela, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sarah berkata tuntutan tersebut difailkan pada pagi sebelum prosiding bermula hari ini.
“Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz yang difailkan Syamsul dan pada masa sama pihak kita juga (Puteri Sarah) turut memfailkan tuntutan balas iaitu nusyuz terhadap Syamsul,” kata peguam itu ketika ditemui selepas sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini.
Foto: mStar
Tambajhnya, tuntutan nusyuz yang difailkan anak guamnya terhadap Syamsul antaranya adalah sikap tidak bertanggungjawab namun terma-terma secara terperinci tidak boleh didedahkan.
Untuk info, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).
Bagaimanapun, penalti atau hukuman yang boleh dikenakan kepada suami yang nusyuz adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.
Terdahulu Akberdin turut memaklumkan Puteri Sarah juga telah memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz yang difailkan Syamsul.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku defendan telah memasukkan pernyataan pembelaan pada 21 Mac lalu selepas tuntutan itu diterima pada 24 Mac lalu.
Sebelum ini Syamsul ketika memfailkan tuntutan nusyuz itu berkata terdapat beberapa alasan tuntutan nusyuz itu dibuat ke atas Puteri Sarah antaranya kerana wanita itu masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang.
Peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul, 39, atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof mengesahkan perkara berkenaan.
Menurut Azmi, oleh kerana dokumen berhubung tuntutan nusyuz yang difailkan Puteri Sarah baru diperoleh, pihaknya akan meneliti sebelum memfailkan pembelaan terhadap tuntutan itu.
Semasa prosiding, Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee kemudian telah menetapkan 14 Jun ini bagi sebutan semula kes.
Pada prosiding hari ini, Syamsul dan Puteri Sarah tidak hadir dan hanya diwakili peguam syarie masing-masing.
Untuk rekod hasil perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah, pasangan itu dikurniakan dua anak iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. – CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
maknanyer yg kata si samdol nak tarik balik tuntutan nusyuz atas PS tu tak jadi la yer sbb PS xmo tarik balik saman kat kazar clan?
|
|
|
|
|
|
|
|
sepol, dlm byk2 gambar kenapa ko mesti pilih yg mencangkung?? why sepol whyyy??
btw ni kisah terkini ke kisah recycle |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 8-5-2023 11:15 AM
sepol, dlm byk2 gambar kenapa ko mesti pilih yg mencangkung?? why sepol whyyy??
btw ni kisah terkini ...
Terkini kot sb aritu tak jadi buat kan sb sol tarik Kes nusyuz. Sekarang on la balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak jadi tarik balik kan so gaduh lagi dan lagi laaa ye
Penatnyaaa laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Paling pelik boleh pulak nak ceraikan boleh tapi kena tarik balik saman pada 2nd wife PS tak nak tarik saman, jadinya drama proses penceraian diteruskan sampai ajm |
|
|
|
|
|
|
|
akuMNdia replied at 8-5-2023 11:11 AM
maknanyer yg kata si samdol nak tarik balik tuntutan nusyuz atas PS tu tak jadi la yer sbb PS xmo ta ...
Iya lah tu..kes sambung semula.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Purplehaz at 8-5-2023 11:39 AM
Fail..tarik blk, fail blk
Pasni tarik blk, pastu fail blk so on
Lately ps mcm senyap jer |
|
|
|
|
|
|
|
igt recycle, pasal tak jadi tarik kes nusyuz ni kan mmg dah tau dari sebelum raya aritu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tindakn ps smua yg logik2 belaka. Go ps go. Dia guna btol2 power dia. Cuma aku ni jenis kedekut, klw aku syg duit beratus ribu nk spend utk lawyer. Tp mgkin dia yakin nnt dia menang, dpt balik duit berkali ganda mcm a aida menang kes baru ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Purplehaz replied at 8-5-2023 11:38 AM
Fail..tarik blk, fail blk
Pasni tarik blk, pastu fail blk so on
bagus la senyap je byk sgt berkicau kan org ckp mental health prob plak
|
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 8-5-2023 11:45 AM
bagus la senyap je byk sgt berkicau kan org ckp mental health prob plak
Itu la diam salah
X diam slah
Kalo merentan di cakapnye x classy |
|
|
|
|
|
|
|
diaorg suka sarah merentan..ada point la nk kutuk2 sarah..i do hope sarah senyap ja kali nie..biar lawyer bekerja..may Allah ease everything utk sarah dan ank2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga urusan sarah dipermudahkan oleh Allah, dan dilepaskan dgn baik seperti mana yg dikehendakinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertambah busy mahkamah. Go ps. go.I suka ,berani kerana benar. |
|
|
|
|
|
|
|
Letihnya negok ps
Moga dipermudhakn urusan
Berat mata memandang
Berat lgi bahu memikul
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dah kena sound dengan peguam dia..
penguam dia pun tak aware yg PS dah kena cerai 2x
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah ada buat perintah kembali taat tak kat suami dia
and thank you sarah for heading our well meaning advise
camni |
|
|
|
|
|
|
|
amiin...
benda senang tapi si samdol ni nak buat susah..
tindak tanduknya mmg dia dah tak nakkan sarah tapi disebabkan sikap narcissistic, nak buat isteri yg melahirkan zuriat dia hidup merana dilambat2kan jugak process penceraian itu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|