View: 3099|Reply: 33
|
Anzalna Akui Tak Mudah Istiqamah, Pakai Tudung
[Copy link]
|
|
Pelakon jelita Anzalna Nasir mengakui tidak mudah untuk kekal istiqamah dan bimbang hatinya berbolak-balik suatu hari nanti selepas dua tahun mengambil keputusan untuk berhijab.
Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Mohd. Nasir berkata, dia sebenarnya enggan terlalu bercakap tentang penghijrahan dirinya kerana tidak tahu apa yang bakal berlaku pada kemudian hari.
“Sebenarnya saya tidak mahu jawab soalan-soalan begini sebab saya pun tidak tahu keadaan pada masa hadapan.
“Tapi sejujurnya sejak berhijab lebih dua tahun lalu, saya akui susah untuk istiqamah. Cuma saya berdoa supaya boleh kekal begini (berhijab) sampai bila-bila. Sebab perkara ini (berhijab) antara saya dengan Tuhan, bukan dengan manusia,” katanya kepada Kosmo! Online.
Setia ditemani suami tercinta, Mohamad Hanif Zaki di sisi, pelakon berusia 36 tahun itu juga meminta peminat dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya supaya kekal dengan imej menutup aurat.
“Doakanlah yang terbaik untuk saya supaya kekal berhijab dan kekal dengan imej sebegini,” katanya.
Walaupun sudah berhijab, Anzalna berkata, rezekinya dalam bidang lakonan tidak pernah putus, malah sehingga kini tetap dihujani dengan banyak tawaran berlakon.
Sungguhpun begitu, dia terpaksa menolaknya secara baik kerana mahu memberi tumpuan terhadap keluarga.
“Alhamdulillah walaupun sudah berhijab, rezeki saya dalam bidang lakonan tidak pernah putus. Saya tetap dihujani dengan banyak tawaran.
“Rezeki berlakon itu masih ada, cuma saya sendiri yang belum bersedia untuk kembali ke set penggambaran kerana mahu memberi tumpuan terhadap keluarga,” katanya.
Ujar pelakon drama Memori Cinta Suraya itu, dua anaknya, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan masih lagi kecil dan memerlukan perhatian penuh daripadanya.
“Buat masa ini saya lebih utamakan keluarga. Lagi pun anak kedua saya, Emirhan baru berusia 11 bulan. Suami pun tiada halangan dan sentiasa memberi sokongan terhadap bidang yang saya suka lakukan iaitu berlakon,” jelas Anzalna yang kini aktif dalam bidang perniagaan menjual tudung dan pakaian.
Mengakui rindu untuk beraksi di hadapan kamera, Anzalna juga berkata, dia perlu mempertimbangkan watak mengikut kesesuaian imej dirinya sekarang apabila sudah berhijab.
“Untuk watak pula, saya kena pilih karakter yang bersesuaian dengan imej saya sekarang. Saya sudah tidak boleh lagi berlakon macam dahulu, lebih-lebih lagi saya juga telah punya anak.
“Saya juga tidak boleh ambil episod yang panjang kerana sudah berkeluarga. Bila saya tengok adik saya, Afiffah Nasir berlakon, memang terasa rindu juga sebenarnya.
Terdahulu, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2 dan Mohamad Emirhan, 11 bulan.
Sumber: Kosmo! Online
|
|
|
|
|
|
|
|
labuhkan lagi kopek tu sis... takut ternampak tudung nanti...
teruskan istiqomah je lah sebab kalau freehair pun bukannya ada tawaran berlakon pun kan... nanti kalau freehair sentap plak orang tegur... macam orang tegur toaster smeg haritu...
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm bunga2 nak togel balik je |
|
|
|
|
|
|
|
cam i pulak..btudung sebab ex..dia paksa laa itu ini dosa besar laa..mak dia nak laa..at then end putus jugak....(iye iolss rasa bdosa nyahhh sbb niat ke laut)..
tp alhamdulillah, smpai skrg kekal btudung..rasa selesa..secure...ramai puji cantik..x tfikir pun nak free hair balik...
yang penting solat..ngaji alquran jgn tinggal nyahhh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Huhu... Menutup aurat tu wajib... Faham konsep tu.. Xds istilah istiqamah pun..
Once ko period... Wajib atas mu Menutup aurat..
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni dalam family feud mcm takde mood semacam je. baik si pipah tu pulak duk gelak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Sape suruh pakai? Rambut ko cantik kot. Kan dah menyesal |
|
|
|
|
|
|
|
Rambut ko cantikkkk... sekejap je kecaman kalo bukak pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols tgok gmba ni dlu, bru faham nape masa tu takde org boleh lawan mek iti..anzalna ni kategori hot la kononnya masa tu, tp duk sebelah tokti tetap tenggelam wpon mekap sekati ng pendeknya lagi. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Namasayaomel replied at 7-5-2023 02:23 PM
cam i pulak..btudung sebab ex..dia paksa laa itu ini dosa besar laa..mak dia nak laa..at then end pu ...
I rasa selagi u terpaksa bertudung dalam benci tak selesa susah payah dapat pahala lebih kat situ apsal nak dosa pulak, now u diberi rasa selesa n happy bertudung as reward pulak
Dua dua situation boleh dapat pahala berganda. Yg tak dapat pahala yg justify itu ini kenapa dia tak pakai tudung |
|
|
|
|
|
|
|
cuba letak gambar sekarang berbatu batu dia tinggalkan mek iti. Mek iti tu segala galanya dah lebar :-)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan ..kena ada paksaan keatas diri kita sendiri.
Aii dulu paksa diri utk bertudung sebab aii tau itu hukumnya WAJIB! Kalau tiada paksaan dok pakat tunggu hidayah datang la tunggu telekung melekat di sejadah lah, tunggu mimpi or nampak neraka la mmg sampai mampus pun tak bertudung.
|
|
|
|
|
|
|
|
cheezel replied at 7-5-2023 08:14 PM
Sape suruh pakai? Rambut ko cantik kot. Kan dah menyesal
Yang ckp bukan senang nak berhijab semua mcm nelydia dgn dia ini. Mesti nak bukak balik tudung. |
|
|
|
|
|
|
|
QueenIsolde replied at 7-5-2023 09:56 PM
Iols tgok gmba ni dlu, bru faham nape masa tu takde org boleh lawan mek iti..anzalna ni kategori hot ...
Laaa... Dia rendah daripada tokti rupanya. Dalam gambar-gambar sorang nampak tinggi lampai. |
|
|
|
|
|
|
|
QueenIsolde replied at 7-5-2023 09:56 PM
Iols tgok gmba ni dlu, bru faham nape masa tu takde org boleh lawan mek iti..anzalna ni kategori hot ...
Lawa betul siti....syg dia x menten jaga badan sb keturunan mmg gemok susah nk kurus rasanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah...aminn ya rabb....
|
|
|
|
|
|
|
|
yaa kakak setujuk dgn chuols.. bunyi cam nyesal pun ado.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak faktor penyumbang kepada perubahan badan
contohnya Genetik, ubat-ubatan and etc
ada yang sebelum kawin dan bersalin selim melim
selepas tu mendadak naik
ada yang jenis badan sekeping
anak 5-6 orang pun maintain selim
makan melantak pun tetaplah menten
macam tokti maybe disebabkan faktor ubat-ubatan dalam usaha dia nak dapatkan anak
dan juga faktor hormon selepas bersalin atau maybe juga keturunan
|
|
|
|
|
|
|
|
Tok Ti tu org have2.. duit berkepok2... Nanti dia pandai2 la gi beauty centre ke ape nak kurus.. sekejapan je tu... Mama ni rakyat marhaen kalau xjaga makan betul2, mencanak2 naiknya mcm kena pam hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Mamason replied at 8-5-2023 08:24 AM
Tok Ti tu org have2.. duit berkepok2... Nanti dia pandai2 la gi beauty centre ke ape nak kurus.. s ...
Mama.....jgnla bg alasan mcm tu....kita semua mampu kuruskan badan tanpa duit bnyk pun mama....
Hari2 pi je exercise..jogging...mkn tu...jgn mkn malam...mkn siang tu jgn la mrntekedarah lupa diri.. bak kata nabi.."berhenti lah mkn sebelum kenyang"....ni dah mkn satu pinggan pun kita melantak lagi..dah kenyang mkn nasi pun kita jamah benda lain...mana x gemok... |
|
|
|
|
|
|
| |
|