CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 10

Pilih Hero, Heroin Cara Betul

[Copy link]
Post time 7-5-2023 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon, pelawak dan pengarah berkaliber, Sabri Yunus, 62, mengakui terasa hati dengan segelintir penerbit yang kebanyakannya lebih memilih pelakon muda untuk berlakon dalam karya terbitan mereka.


Sabri berkata, kebanyakan stesen TV juga mula memberi ruang lebih besar kepada YouTuber dan pempengaruh media sosial untuk menjadi pelakon.






"Sebelum ini pelakon yang ramai pengikut di media sosial akan menjadi keutamaan untuk berlakon, tetapi sekarang YouTuber dan pempengaruh media sosial pula yang menjadi keutamaan," katanya.


Sabri berkata, pendedahan golongan muda di media sosial yang mempunyai ramai pengikut serta video dimuat naik mendapat perhatian ramai akan mula diberi tawaran untuk berlakon.


"Hero dan heroin juga dalam kalangan mereka juga. Menjadi isu sekarang, mereka yang tidak mempunyai pengalaman berlakon turut dipilih sebagai pelakon," katanya.


Menurut Sabri, selain dikenali ramai, pengalaman berlakon penting supaya dapat memberi kepuasan kepada semua pihak dalam penghasilan karya yang baik.


"YouTuber sekarang boleh menarik banyak penonton hasil daripada jumlah peminatnya sekarang. Tidak dinafikan, stesen TV juga memerlukan jumlah penonton, tetapi mereka perlu memilih pelakon dengan cara betul," katanya.






Menurut Sabri, dia tidak langsung mempunyai sifat dengki dengan rezeki orang lain, namun menginginkan yang terbaik pada industri hiburan untuk maju ke hadapan.


"Macam mana produk kita akan jadi lebih baik kalau mengisikan ruang itu pada orang yang tidak benar.


"Mereka akan jadi yang benar selepas berpengalaman setahun bahkan dua tahun, tetapi ketika permulaannya itu bakal rasa sedikit kekok. Ada yang sangat bagus apabila diberi peluang mereka belajar sehabis baik dan tidak mensia-siakan," katanya.


Seperti yang sedia maklum, permulaan karier sebagai penyanyi juga kini sudah ramai menjejakkan kaki dalam industri lakonan.


Bagaimanapun, Sabri mengucapkan tahniah kepada pelakon baharu yang berjaya membawa watak dengan baik dan berharap terus bersinar di masa hadapan walau berdepan pelbagai cabaran.


"Dalam industri ni banyak cabaran yang perlu dihadapi, tidak kira yang sudah lama dalam industri mahupun yang baharu.


"Bagi saya, kalau nak puaskan hati orang ni memang susah, tetapi apa yang kita perlu lakukan adalah buat yang terbaik," katanya.


Sabri yang sudah lebih 30 tahun bergelar anak seni mula membabitkan diri dalam industri seni sejak 1990 melalui filem pertama lakonannya berjudul Driving School.


Namanya mula dikenali menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.


Disoal mengenai industri seni, Sabri berkata, kesabaran adalah faktor utama dia bertahan dalam industri ini untuk kekal menghasilkan karya yang berkualiti dan mendapat sambutan orang ramai.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
1st time beelakon terus jd heroin pun ada. Mcm Nabelah muka pinggan lagi jongang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul juga...
Macam orang cari kerja...
Sipenemuduga tanya, dah ada pengalaman kerja ni? Of kos la yang ditemuduga jawab, cemane saya nak dapat pengalaman kerja kalau tidak diberi peluang bekerja?
Dan... setelah diberi peluang bekerja tu, janganlah pula disia-siakan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 12:06 PM | Show all posts
memang penting pilih hero heroin yang betul... ni hujung2 pilih si syukri kazim elias tu di gandingkan dengan hannah delisha... potong stim je tengok... dah la tak hensem... muka macam ikan keli... balik2 dapat watak jadi laki biol, dungu, dayus, lembam jah...

sama juga dengan drama yang suka ambik pelakon muka macam kucing kurap oyen tu...
geli gila nak tengok... penuh sabut nyoq kat muka lepastu lakonan si heroin mata jarak tu pun memang kayu kaku habis... dari dulu macamtu je lakonan sheols takde peningkatan... padahal bawak watak sama je dari dulu...

yang lakonan bagus pun mami jarum dan mami jarum junior... mami jarum junior pulak yang nampak lagi menyerlah dari heroin kaku kayu...

tolong lah yer kalau dah hambik pelakon herlok... pastikan dua2 herlok... bukannya sorang ikan keli sabut nyoq sorang lagi burung cenderawasih... takkan jadi punya...

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn nak komen itu ini salah...ko jadi producer dan ko pilih lah hero heroin ikut acuan ko...
Industri seni kat malaysia ni kecik je...let it be producer yg nak ambik hero heroin cantik hensem kiut...ko buat la drama filem versi ko...baru ada choices utk peminta drama Dan filem pilih...Kan senang...dlm hal ini, aii sokong acik zaidah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut bos laa.. nak camne.. bising2 pun xguna.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2023 02:02 PM | Show all posts
benda paling asas pun tak pernah buat, sedangkan satu dunia buat iaitu audition
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias: memang penting pilih hero hero ...

hahahhahha shukri kazim elias. bila baca ni baru rasa macam muka depa nak dekat sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2023 02:43 PM | Show all posts
kalau zaman2 90an dulu drama banyak guna pelakon yg senior sebagai hero dan heroin..contoh drama2 rashid sibir..seronok sangat layan tv time tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 7-5-2023 01:06 PM
Jgn nak komen itu ini salah...ko jadi producer dan ko pilih lah hero heroin ikut acuan ko...
Industr ...

fyi, producer dah pilih pelakon tapi last2 stesen tv yg suh ubah ikut selera semasa. sb tv akan ckp kalo xambik muka femes xdak org nak tgk tv, rating jatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
imanda replied at 7-5-2023 04:40 PM
fyi, producer dah pilih pelakon tapi last2 stesen tv yg suh ubah ikut selera semasa. sb tv akan ck ...

Sbb dah ada history lah Tu..
Patutnya buat filem jah..lepas Tu kalau tak laku jgn nak busing sana sini..
Tetiba teringat kat filem pasai pe tah..yg sofea Dan Diana berlakon tuh..dah tayang ke tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.189845 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list