CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 591|Reply: 1

'Saya tahu Mochi rindu 'abi'

[Copy link]
Post time 6-5-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode
'Saya tahu Mochi rindu 'abi'


MOCHI dibawa ke kubur tuannya, Mohd Faizul yang meninggal dunia pada Mac lalu. FOTO ihsan Nur Salsabiha Mohd Sobri Yusoff

Alor Star: Kehilangan suami selepas terbabit kemalangan bukan saja dirasai wanita ini malah kesedihan itu turut dilihat pada kucing kesayangan lelaki berkenaan.

Nur Salsabiha Mohd Sobri Yusoff, 22, berkongsi video di TikTok memaparkan kucing kesayangan arwah suami, Mohd Faizul Malik, 35, seolah-olah 'memeluk' dan mencium tanah kubur lelaki kesayangannya itu pada 29 April lalu.

Tindakan kucing betina yang diberi nama Mochi itu menunjukkan haiwan berkenaan seakan tahu kubur itu adalah milik tuannya dan cara ia melepaskan rindu turut mendapat perhatian netizen.

Nur Salsabiha berkata, suami yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3), Langkawi meninggal dunia pada 16 Mac lalu selepas sehari bertarung nyawa akibat kemalangan motosikal.


GAMBAR kenangan Nur Salsabiha bersama suami Mohd Faizul. FOTO ihsan Nur Salsabiha Mohd Sobri Yusoff



Menurutnya, Mohd Faizul sebelum ini bertugas di Sabah dan baru enam bulan bertukar ke Langkawi serta turut membawa Mochi tinggal bersamanya sebagai peneman di kuarters, sementara dia tinggal di Alor Star kerana berkerja di Pulau Pinang.

"Kami berkahwin pada Disember 2021 dan sepanjang tempoh itu kami duduk berasingan. Apabila dapat bertukar ke Langkawi, suami bawa Mochi yang ketika itu masih 'bayi' duduk bersama.

"Hubungan mereka memang rapat kerana suami memang suka kucing, malah suami gelarkan 'abi' dan saya 'umi' pada kucing kami, kebetulan kami juga masih belum ada rezeki anak sendiri.

"Suami layan Mochi macam anak sendiri, sangat manjakan malah makan juga diberi atas tangannya dan dia akan 'grooming' Mochi setiap minggu. Kalau saya balik rumah dan duduk dekat suami, Mochi akan gigit saya sebab cemburu," katanya.

Katanya, Mochi adalah anak kepada kucing yang dinamakan Mochiko yang juga hadiah Mohd Faizul untuknya sempena pertunangan mereka.

"Selepas suami meninggal dunia saya bawa Mochi tinggal bersama saya tetapi Mochi nampak sedih, seperti tercari-cari seseorang dan sudah tidak aktif seperti selalu.

"Saya cuba beri baju arwah suami dan ia cium baju itu. Saya percaya Mochi juga sedih dan rindu suami sama seperti saya merindukan arwah," katanya.

Pekerja bank itu berkata, dia membawa Mochi pulang ke kampung suami di Pasir Mas, Kelantan untuk menziarah kubur Mohd Faizul dan kucing itu terus duduk di tepi kubur.

"Mochi terus duduk di tepi kubur suami sebaik saja saya keluarkan ia daripada beg, ia hidu tanah itu dan cium batu nisan, malah ada ranting kecil atas kubur suami, ia gigit letak ke tepi.

"Mochi juga tak pergi ke kawasan lain ia hanya pusing di sekitar kubur suami saja dan apabila saya cuba angkat nak letak dalam beg semula ia tidak mahu. Mochi tahu abi 'disimpan' dalam tanah itu," katanya.

Katanya, selepas dibawa ke kubur, Mochi dilihat sudah kembali aktif dan boleh bermain seperti kebiasaannya.

"Saya dan suami sudah ada perancangan mahu ambil gambar raya keluarga bersama kucing kami tetapi sudah takdir dia pergi dulu.

"Saya akan jaga Mochi dan Mochiko dengan baik, tak sampai hati nak serahkan pada sesiapa sebab mereka adalah kenangan saya bersama suami," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ahu-mochi-rindu-abi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2023 06:35 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 6-5-2023 06:40 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049173 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list