CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4794|Reply: 97

Setiap Hari Hantar Whatsapp, Nekad Cari Dan Datang Rumah- Beza Umur 26 Tahun Tak Halang Pelajar Pikat Cikgu Jamilah Sampai Kahwin

[Copy link]
Post time 5-5-2023 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Kota Tinggi: Muhammad Danial Ahmad Ali menyulam cinta dengan gurunya, Jamilah Mohd hingga berkahwin walaupun jarak usia 26 tahun.


Muhammad Danial, 22, tidak menyangka akan terpikat dengan Jamilah, 48, hingga berani menyuntingnya sebagai isteri.


Bagaimanapun, takdir menentukan mereka menjadi suami isteri dan kisah pasangan berkenaan mendapat perhatian selepas Muhammad Danial berkongsi video pendek menunjukkan peralihan fasanya daripada seorang pelajar menjadi suami kepada Jamilah.


Muhammad Danial yang bekerja di syarikat air dan menetap di Felda Air Tawar 2, di sini, berkata, dia berkenalan dengan Jamilah ketika di tingkatan tiga iaitu pada 2016 sewaktu isterinya ditugaskan mengajar subjek Bahasa Melayu.


Foto: Harian Metro




Meskipun menyenangi keperibadian Jamilah, Muhammad Danial mengakui hubungan mereka ketika itu tidak lebih daripada sekadar guru dan pelajar tanpa ada perasaan terhadap satu sama lain.


"Saya anggap dia (isteri) sebagai cikgu saja walaupun menyenangi sikapnya yang penyayang dan rapat dengan pelajar tidak kira daripada kelas depan mahupun belakang.


"Setahun juga isteri mengajar kelas saya namun kami terputus hubungan selepas saya masuk ke tingkatan empat.


"Kami ada terserempak di bilik guru dan saya ada menyapanya dan bertanya khabar tetapi setakat itu saja," katanya ketika dihubungi Harian Metro.




Foto: Harian Metro




Menurut Muhammad Danial, keinginan mengenali hati budi Jamilah mula ada selepas isterinya menghantar kiriman ucapan sempena ulang tahun kelahirannya ketika dia di tingkatan lima.


"Sejak itu, kami jadi rapat dan timbul perasaan sayang hingga saya berasa untuk cuba dekat dengannya.


"ada satu hari, saya beranikan diri untuk luahkan perasaan namun isteri tolak dengan alasan faktor dan statusnya sebagai guru.


"Akan tetapi, saya enggan berputus asa dan cuba cari jalan dengan menghubungi dan menghantar kiriman WhatsApp hingga pada satu hari, dia tidak mengangkat panggilan serta membalas mesej saya.


"Tindakannya yang mendiamkan diri itu membuatkan saya nekad ke kawasan perumahannya walaupun tidak tahu lokasi yang tepat dan ditakdirkan saya jumpa rumahnya kemudian terus datang serta berterus terang dengannya," katanya.




Foto: Harian Metro







Menurutnya, isterinya masih menolak untuk menjalin hubungan serius dengannya ketika itu kerana tidak yakin sejauh mana ia akan bertahan.


"Saya tak mengalah dan cuba memujuknya hingga dia lembut dan terima saya.


"Sejak awal lagi, saya sudah berterus terang dengan keluarga dan Alhamdulillah, kedua belah pihak beri restu serta tidak menghalang.


"Berkat restu mereka, kami sepakat untuk berkahwin dan perancangan awalnya (kahwin) pada 2019 kemudian 2020 tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka tarikh pernikahan ditangguhkan ke 25 November 2021.


"Kami nikah di Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi dan ada buat majlis persandingan cuma kecil-kecilan saja dengan menjemput keluarga serta kenalan terdekat," katanya yang merahsiakan hubungan daripada rakan sekolah hingga ramai terkejut dengan perkahwinannya.


Katanya, usia hanya angka dan dia akan cuba sehabis baik untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami.


"Syukur Allah permudahkan setiap urusan saya daripada awal sampai sah menjadi suami.


"Banyak lagi yang saya perlu belajar dan saya berasa bertuah kerana isteri banyak membantu memberi nasihat malah kami sering bertukar pandangan bagi memastikan rumah tangga kekal harmoni," katanya yang terkejut selepas video dimuat naik di TikTok meraih tontonan tinggi hingga tular di laman sosial.


Sementara itu, Jamilah berkata, sejak berpisah dengan bekas suaminya pada 2007, fokusnya hanya untuk bekerja dan tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki atau terfikir mencari pengganti.


"Memang ada yang nak kenal tetapi saya tak mahu malah puas saya tolak dan jauhkan diri daripada suami sekarang selepas dia meluahkan perasaannya.


"Bagaimanapun, saya tak dapat elak kerana Allah sudah tetapkan dia jodoh saya.


"Suami datang dengan keyakinan dan orangnya bersungguh malah tidak rahsiakan hubungan kami dengan keluarganya jadi itu antara sebab saya terima juga lamarannya," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakal jadi thread panas ni....sbb porum ni byk cikgu2 yg lonely
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Si apa yg pelik? Gap umur je kan? Lelaki kerepot kawin prempuan muda no issue kan? Kenapa prempuan tua kahwin lelaki muda jd satu kepelikkang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 10:32 AM | Show all posts
gmbr masa sekolah nmpk segar
lps nikah nmpk kering


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa cikgunya
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 10:36 AM | Show all posts
aku tgk dari sudut hubungan pelajar vs guru. Form 5 dah start courting cikgu & si cikgu rajin yer wish birthday kat pelajar? antar kat semua pelajar ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2023 10:56 AM | Show all posts
tak kawin2 ke cikgu tu smpai umur 48 tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ceroh masa depan dpt bini staf gomen..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia: aku tgk dari sudut hubungan pe ...

Ya ada cikgu yg anggap anak murid mcm anak2. Caring xkira kelas depan atau belakang. Sbb depa nak tgk murid berjaya dan rasa tak tersisih. Dan anak sedara aku rasanya tgh bercintun dgn cikgu dia. Masa form5 beriya iya la ceta pasal English teacher dia tu. Xlama jd mcm kisah ni jgk. Tp km sefamily ok ja. Xdak hal pn
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:10 AM | Show all posts
matbad replied at 5-5-2023 11:05 AM
Ya ada cikgu yg anggap anak murid mcm anak2. Caring xkira kelas depan atau belakang. Sbb depa nak t ...

still bagi aku tak professional. Kenapa kes mcm ni tak consider pedo? Sbb menyimpan perasaan dr sek cuma takde hubungan sexual terberanak mcm kat barat. Still mcm grooming jugak tu sbb bermula di sekolah. Or sbb cikgu pompuan & kawen lps sekolah so boleh lepas?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap jap...kenapa cikgu hantar mesej wish birthday kat anak murid masa umur 17 tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah 48 tak kawen? Ada orang meminang...apa lagi..terima je laa. Lain laa membujang sebb memang tak nak kawen
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:14 AM | Show all posts
Menurut Muhammad Danial, keinginan mengenali hati budi Jamilah mula ada selepas isterinya menghantar kiriman ucapan sempena ulang tahun kelahirannya ketika dia di tingkatan lima.


"Sejak itu, kami jadi rapat dan timbul perasaan sayang hingga saya berasa untuk cuba dekat dengannya.


Ajar kelas suami masa f3 jah. tp bila suami masuk f5, tetibe bg wish hepi besday.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah senang nak buat loan ASBF lepas ni. Boleh humblebrag simpanan 1 juta lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Selera di luar kotak is real guys. Dan jgn tak percaya this kid is not alone. Sebab itu Allah dah kata dijadikan manusia ni berpasangan. it goes deeper than what you think yach
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:21 AM | Show all posts
terus nampak tua ko danial
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2023 11:23 AM | Show all posts
aku rasa takde yg pelik pun, dah jodoh dorg..cikgu tu pun takdelah nampak tua, lawa org nya..klu lelaki umur 60 kahwin pompuan umur 18 tahun takde plk jadi isu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dunia sekarang.. yg laki muda nk yg bini yg lebih matang...xmo serabut
Yg laki tua nk pucuk muda

Moga berbahagia hingga hujung nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:24 AM | Show all posts
tak leh nak bayangkan lebih lanjut gimana gap umur mcm mak anak nih
gambar yg cium tangan tu lansung rasa nak muntah bekfast ni
why ...
bukan salah derang sbb da jodoh
tp pada aku macam bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:30 AM | Show all posts
lagi 2 thn cikgu menopause. Laki cikgu baru nak belajar mengenal sex. Cemana tu.... sorry ya aku straight forward ja...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.087833 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list