CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 1

Amaran: Serpihan Kapal Angkasa, Roket Penggalak Jatuh Ke Bumi Boleh Timpa Manusia Sampai Mati

[Copy link]
Post time 3-5-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON: Beberapa saintis memberi amaran kebarangkalian serpihan kapal angkasa atau roket penggalak yang jatuh ke bumi, boleh menimpa dan mencederakan manusia sehingga menyebabkan kematian.


Lapor Daily Mail, golongan itu mendakwa peluang untuk insiden itu berlaku hanyalah kira-kira 10 peratus dalam dekad akan datang.


Minggu lalu, sebuah satelit Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) terhempas semula ke bumi di tengah-tengah amaran satu daripada 2,500 risiko untuk menimpa dan mencederakan orang.


Kapal angkasa itu terhempas di Gurun Sahara, di suatu tempat antara Sudan dan Mesir tanpa sebarang bahaya.




Foto: Agensi




Bagaimanapun, insiden itu mengetengahkan mengenai risiko sisa angkasa lepas dalam kehidupan seharian manusia.


Agensi Angkasa Lepas Eropah menganggarkan lebih 10,800 tan sisa angkasa lepas sedang mengorbit mengelilingi bumi.


Kata agensi itu, jumlah itu termasuk 130 juta objek merangkumi roket seberat sembilan tan milik Russia, satelit pengintip Perang Dingin dan kapal angkasa Hubble yang ikonik.


Sementara itu, felo kanan teknikal di firma pemantauan satelit dan pengesanan pelanggaran LeoLabs, Darren McKnight berkata, antara beberapa objek besar paling dibimbangkan adalah roket penggalak Russia yang dilancarkan antara tahun 1992 dan 2001.


“Ia termasuk 18 contoh kapal angkasa sembilan tan, peringkat atas roket Zenit Russia yang kini mengintai kawasan sekitar 840 kilometer (km) tinggi.


“Objek itu bagaikan sebuah bas sekolah besar tanpa pemandu dan brek,” katanya.


Bagaimanapun, jelasnya, berita baik adalah pada ketinggian itu, ia akan mengambil masa beberapa abad untuk serpihan itu terhempas semula ke bumi. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 09:51 AM | Show all posts
Sebuah bas, besarnye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.050096 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list