CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Pahang] Udang galah, ikan Sungai Belat mati angkara racun

[Copy link]
Post time 3-5-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode

Nelayan darat menunjukan udang galah yang mati dipercayai terkena racun di Sungai Belat. Foto Ihsan pembaca.

KUANTAN: Perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu meracun menyebabkan banyak udang galah dan ikan mati dalam kejadian di Sungai Belat di sini kelmarin.

Beberapa nelayan darat mendakwa, sebelum ini kes sama berlaku pada awal Ramadan lalu yang menyebabkan banyak hidupan sungai berkenaan terutama udang galah dan pelbagai spesies ikan mati secara mengejut.

Seorang nelayan darat yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, 36, berkata udang galah yang berada dalam lukah nelayan hampir semua mati disebabkan dipercayai menerima aliran air sungai yang membawa bersama racun.

Katanya, bagi udang yang bebas kesan racun berlaku tetapi tidak menyebabkan kematian yang terlalu banyak, kerana hidupan berkenaan boleh beralih ke kawasan lain di sungai terbabit.



Menurutnya, sebelum ini ada nelayan melihat udang melompat di permukaan air mungkin disebabkan kesan racun yang terdapat dalam Sungai Belat yang bersambung dengan beberapa sungai lain termasuk Sungai Kuantan dan Sungai Rasau.

"Udang galah yang mati dalam lukah nelayan bukan sahaja berbau busuk tetapi juga bertukar warna menjadi kemerahan, udang yang mati secara semula jadi tidak bertukar warna dengan ketara.

"Kesan racun sekurang-kurangnya selama seminggu bertahan dalam air sungai, dalam tempuh berkenaan aktiviti memancing tidak dapat dilakukan kerana udang tiada," katanya, di sini hari ini.

Beliau menambah, faktor air pasang besar yang berlaku dapat mempercepatkan lagi aliran air sungai yang akan membawa bersama racun digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Zul berkata, dia dan nelayan darat Sungai Belat yang lain termasuk kaki pancing kini menangguhkan aktiviti memancing berikutan kes meracun yang berlaku.

Nelayan darat yang mahu dikenali sebagai Sulaiman, 53, berkata aktiviti meracun mungkin dilakukan di sungai lain namun kesan racun turut berlaku di Sungai Belat.

"Lebih tiga kilogram udang galah saya dalam lukah mati, semua terpaksa dibuang kerana bimbang kesan buruk berlaku pada pengguna," katanya yang berharap pihak berkuasa memberi perhatian terhadap kes meracun di sungai.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Abdullah Jaafar berkata pihaknya melarang penggunaan racun tuba, bahan letupan dan elektrik bagi menangkap udang dan ikan di sungai, lombong serta tasik.

"Mereka yang didapati bersalah boleh didakwa di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai) 1991 yang boleh dikompaun atau didakwa di mahkamah.

"Nelayan boleh membuat aduan kepada Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang sekiranya mengetahui kegiatan berkenaan berlaku," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -mati-angkara-racun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.070964 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list