CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

[Perlis] Guru SK Guar Nangka hasil filem pendek setanding syarikat iklan terkemuka

[Copy link]
Post time 3-5-2023 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Guru SK Guar Nangka hasil filem pendek setanding syarikat iklan terkemuka


Nisaa Iryanie Azhar
am@hmetro.com.my



ANTARA scene dalam filem pendek hasil arahan Nor Halmey Hamdah.




Kangar: Bermodalkan kos sebanyak RM1,000, guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka, di sini, berjaya menghasilkan sebuah filem pendek berkualiti, setanding video iklan hari raya milik syarikat terkemuka negara.

Filem berdurasi enam minit bertajuk 'Raya Bersama' itu mengisahkan sekumpulan guru yang berusaha menggembirakan seorang murid miskin dan yatim piatu tinggal bersama datuknya yang juga orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan untuk menyambut Aidilfitri.

Mereka mengambil inisiatif mengutip sumbangan sebelum melakukan kejutan pada pagi Aidilfitri dengan membawa pelbagai juadah dan dinikmati bersama, sekali gus membuatkan murid berkenaan mengukir senyuman.

Pengarah filem merangkap guru bimbingan dan kaunseling, Nor Halmey Hamdah, 47, berkata, filem ini dijayakan dengan kerjasama dan sumbangan guru-guru SK Guar Nangka sendiri.

Katanya, filem ini membabitkan 42 guru, sembilan anggota kumpulan pelaksana dan 52 murid, yang mana penggambarannya mengambil masa lima hari.

"Saya turut bekerjasama dengan sepupu yang bekerja sebagai jurugambar perkahwinan untuk 'mencantikkan' filem ini.

"Kami bersama berbincang mengenai jalan cerita dan proses penyuntingan pula hanya dilakukan di rumah sahaja," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



SITUASI penggambaran filem pendek bertajuk Raya Bersama. Gambar Ihsan Nor Halmey Hamdah.

Menurutnya, dia sendiri 'turun padang' untuk mengajar murid serta guru sekolah terbabit untuk berlakon.

"Kami amat menitikberatkan setiap alat, lokasi dan kualiti gambar kerana setiap bahan yang digunakan mempunyai maksud yang tertentu,

"Sebagai contoh, sebuah basikal rosak yang sangat berkarat menggambarkan kemiskinan dan kesusahan hidup murid dan datuknya," katanya.

Kata, hidangan biskut kering serta air teh menggambarkan kedaifan dan lima keping biskut menggambarkan bilangan rukun islam.

"Lokasi penggambaran menonjolkan keindahan alam semula di Perlis, dan ini adalah sumbangan kecil pihak sekolah kepada industri pelancongan negeri ini," katanya.

Menurutnya, dia sangat terkejut apabila mendapati filem berkenaan berjaya mencecah jutaan tontonan di hampir seluruh platform.

"Penghasilan filem pendek ini juga hasil pengalaman menceburi penggambaran drama dan iklan sejak lebih lapan tahun lalu.

"Pengalaman ini membuatkan saya berani untuk mengarah filem pendek dan iklan," katanya.



Disiarkan pada: Mei 3, 2023 @ 3:00pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055820 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list