CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

Bayi 38 Hari Maut, Terkejut Dengar Bunyi Bunga Api Kuat Dipasang Oleh Jiran Sebelah Rumah

[Copy link]
Post time 3-5-2023 03:51 PM | Show all posts |Read mode
GRESIK: Seorang bayi berusia 38 hari maut selepas terkena serangan sawan akibat terkejut bunyi kuat bunga api yang dipasang di Benjeng, Gresik Sabtu lalu.


Insiden itu bermula apabila seorang penduduk, Astunggal, 53, memasang bunga api bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Disebabkan bunyi kuat, bayi yang baru lahir, yang merupakan anak jirannya dipercayai terkena sawan kerana bunyi kuat.




Foto: Suryamalang.com




Bayi itu kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum meninggal dunia beberapa hari selepas itu.


Sehubungan itu, Astunggal memohon maaf kepada keluarga bayi berkenaan berikutan insiden yang berlaku.


Lelaki itu menceritakan, dia berkumpul bersama keluarganya ketika hari raya pertama di rumah mereka.


Katanya, cucu dan anak buahnya ada membawa bunga api untuk dipasang bagi memeriahkan suasana.


“Saya tiada niat untuk mengganggu jiran tetangga. Kami hanya memeriahkan suasana raya.


“Saya juga tidak sangka hal seperti ini boleh berlaku.


“Saya sedia memohon maaf kepada keluarga jiran jika mereka beri saya peluang untuk berbuat demikian,” katanya.


Polis memberitahu, jarak rumah Astunggal dengan jirannya dianggarkan sejauh 15 hingga 20 meter.


Selain itu, beberapa jiran sekitar turut memasang mercun dan bunga api pada hari kejadian.


Sementara itu, wakil keluarga bayi berkenaan menyatakan, mereka hanya mahu Astunggal memohon maaf secara ikhlas berhubung insiden yang berlaku. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.573315 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list