CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

[Perlis] Gurauan 'kalau saya mati, simpan di samping suami' jadi kenyataan

[Copy link]
Post time 3-5-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Gurauan 'kalau saya mati, simpan di samping suami' jadi kenyataan


Oleh Aizat Sharif - Mei 3, 2023 @ 2:41pm bhnews@bh.com.my




Gambar kenangan perkahwinan Haida Sofia dan Mohd Nazri pada 2021




Kangar: "Kalau kata saya meninggal dunia, simpan saya di samping suami."

Itulah hasrat seorang guru, Haida Sofina Ahmad Safri, 28, secara berseloroh kepada ahli keluarganya ketika Aidilfitri lalu.

Namun, ungkapan yang dianggap sebagai gurauan itu menjadi kenyataan selepas dia dan suaminya, Mohd Nazri Khalid, 32 menemui ajal dalam kemalangan dengan sebuah lori satu tan di KM7.6 Jalan Kangar-Padnag Besar berhampiran simpang Alor Sena, di Beseri semalam.

Perkara itu didedahkan bapa Haida Sofina iaitu Ahmad Safri Abu, 51 yang menyatakan walaupun agak pelik permintaan, namun ahli keluarganya tidak menyangka bahawa ia akan menjadi sesuatu yang nyata dalam sekelip mata.

"Dia berpesan supaya jika dia (Haida Sofina) meninggal dunia, dia mahu dikebumikan sekali bersama suami di kampung suaminya di Kampung Kuala Temoyong, Langkawi.

"Masa dia cakap pasal perkara ini pun secara melawak dan kita semua pun tidaklah menyangka apa-apa pun daripada permintaan dia itu," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Fauziah, di sini hari ini.

Ahmad Safri berkata, Haida Sofina itu adalah anak sulungnya daripada enam adik beradik dan baharu sahaja bertugas di Sekokah Kebangsaan Pendidikan Khas (Perlis) di Jalan Padang Behor, Kangar pada 20 Mac lalu.

"Masa kejadian itu anak saya dan suaminya baharu sahaja pulang dari Langkawi dengan membawa motosikal menaiki feri.

"Mereka dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Taman Beseri Jaya dan hujan lebat berlaku ketika kejadian.

"Kami baharu bercadang nak menziarahi mereka selepas Aidilfitri tetapi tidaklah menyangka ia akan berakhir sebegini," katanya.

Besan kepada Ahmad Safri iaitu Khalid Othman, 55 berkata, anaknya, Mohd Nazri bekerja sebagai mekanik di Langkawi dan akan sentiasa melawat Haida Sofina setiap kali hujung minggu atau ada kelapangan.

"Menantu dan anak saya ini sudah berkahwin sejak 2021 dan mereka seorang baik dan selalu membantu keluarga.

"Malah, menantu saya itu juga baharu sahaja mendapat gaji pertamanya sebulan yang lalu dan mereka sering akan memastikan kelengkapan kami sekeluarga terjaga," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, berkata proses bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala, dan dan leher.

Terdahulu, ahli keluarga, sanak saudara dan rakan guru kedua-dua mangsa memenuhi perkarangan Unit Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi menantikan proses bedah siasat selesai.

Turut hadir adalah Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman.

Jenazah kemudian dibawa menuju ke Terminal Feri Kuala Perlis sebelum dibawa belayar ke Pulau Langkawi untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Temoyong, Langkawi selepas solat Asar nanti.

Dalam kejadian semalam, pasangan suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori satu tan yang membuat pusingan U secara melulu di Kilometer (KM) 7.6 Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran simpang Alor Sena, Paya, Beseri, Padang Besar.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054660 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list