CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 1

Laki Bini Mengaku Dera Anak Sampai Mati

[Copy link]
Post time 3-5-2023 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan mendera anak lelaki berusia empat tahun, minggu lalu.


Tertuduh, S. Nagendran dan isterinya, A. Sangeetha yang masing-masing berusia 23 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.




S. NAGENDRAN (kiri) isterinya, A Sangeetha didakwa atas tuduhan mendera anak mereka sehingga meninggal dunia di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.




Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka secara bersama telah menganiaya kanak-kanak berkenaan dengan cara yang mendatangkan kecederaan fizikal di kediaman mereka di Skudai Villa Apartment, Taman Skudai Baru, di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 28 April lalu.


Mereka didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Mangsa merupakan anak kandung kepada tertuduh wanita dan anak tiri kepada tertuduh lelaki.


Timbalan Pendakwa Raya, Noor Idayu Salim mencadangkan mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap tertuduh.


Namun, pasangan tersebut yang tidak diwakili peguam bela memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh lelaki mempunyai tanggungan keluarga, iaitu isteri dan seorang lagi anak kecil yang berusia enam bulan, manakala tertuduh wanita kini sedang hamil dua bulan.


Ahmad Kamal Arifin kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain kedua-duanya perlu melaporkan diri di Balai Polis Mutiara Rini sebulan sekali dan pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah.


Beliau turut menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan keputusan penghakiman.


Baru-baru ini, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin memberitahu, siasatan mendapati mangsa meninggal dunia dengan kesan kecederaan di bahagian kepala, belakang telinga, perut dan kaki.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2023 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian budak tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041580 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list