View: 1469|Reply: 8
|
Wanita Dipukul Ketika Naik Motor Dengan Anak, Dirompak, Dirogol Dan Diikat Pada Pokok Kelapa Sawit
[Copy link]
|
|
Seorang ibu menjadi mangsa rogol, harta bendanya turut dirompak dan dia diikat pada batang kelapa sawit bersama anaknya.
Tribun.com melaporkan, Kkejadian yang berlaku di Kecamatan Tapung Hulu, Kabupaten Kampar, Riau, Indonesia, menyaksikan ibu dan anak yang sedang menunggang motosikal telah diserang hendap oleh dua orang suspek.
Kedua-dua suspek tersebut telah memukul kepala mangsa sambil mengacukan pistol ke arah mangsa.
Foto: Tribun.com
Mereka mengancam mangsa dengan pistol agar mangsa tidak bertindak menjerit atau melarikan diri.
Bagaimanapun, didapati pistol tersebut hanyalah pistol mainan sahaja.
Kemudian, suspek membawa mangsa dan anaknya ke ladang kelapa sawit lalu anak beranak itu diikat dengan tali di pokok kelapa sawit. Wanita malang itu kemudian dilepaskan dari ikatan sebelum dirogol.
Setelah puas suspek bertindak mengikat semula wanita berusia 36 tahun itu pada sebatang pokok kelapa sawit dan motosikal serta telefon bimbitnya dibawa lari oleh suspek.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Riau, Kombes Nandang Mu’min Wijaya berkata, tiga orang suspek telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
Mangsa dan anaknya cuba melepaskan diri daripada ikatan. Selepas dibebaskan, mangsa terus ke Balai Polis Tapung Hulu untuk melaporkan kejadian.
Dua suspek yang berusia 51 tahun dan 31 tahun merupakan pelaku jenayah merogol serta mencuri, manakala seorang lagi suspek berusia 48 tahun ditahan kerana mengambil serta mengumpul barangan yang dicuri.
Polis berjaya merampas barang bukti berupa dua buah motosikal, dua senapang angin, 33 butir peluru, dua telefon bimbit, dua pasang kasut, pakaian, beg dan pas media. -CARI
Sumber: Tribun.com |
|
|
|
|
|
|
|
pelik2 jerr lah pernagai negara konoha ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu muka kena belasah atau sejak azali? |
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk saja dah tahu tak yindia, yendon. |
|
|
|
|
|
|
|
rate crime diorang against women boleh tahan gak kan ganas dia |
|
|
|
|
|
|
|
gila..nasib baik di indon |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga mendapat balasan dunia akhirat. Amin YRA |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 3-5-2023 06:35 PM
dah macam india
Betul. India is a big no no country for women in my opinion. Lg2 skrg anti muslim. Seremmmm. |
|
|
|
|
|
|
| |
|