CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

Dah Lima Kali Buat Aduan Tapi Tak Ada Tindakan, 20 Tahun Penduduk Orang Asli Menderita Hidu Bau Sampah

[Copy link]
Post time 3-5-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode
GUA MUSANG – Sejak 20 tahun lepas, penduduk Orang Asli Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini terpaksa menghidu bau busuk sampah dari tapak pembuangan yang terletak di tepi jalan masuk ke kampung mereka.


Difahamkan, pelbagai sisa sampah penduduk yang dikutip dari kawasan Dabong, Kuala Krai dibuang ke tapak pelupusan sampah itu yang terletak di sempadan daerah Gua Musang.


Penghulu Kampung Pasir Linggi, Harun Ismail berkata, kea­daan bertambah teruk apabila cuaca hujan, menyebabkan bau busuk merebak ke kawasan ­penempatan penduduk.




Foto: Kosmo




Katanya, sebelum ini, dia ­telah membuat aduan sebanyak lima kali kepada pihak berwajib mengenai masalah berkenaan, namun masih tiada tindakan penyelesaian dijalankan.


“Kami berdepan masalah sampah yang diletakkan merata-rata tempat sehingga melimpah ke atas jalan masuk ke kampung.


“Saya tidak tahu proses pe­ngendalian sampah itu. Penduduk di sini tidak tahan dan berharap pihak berwajib dapat selesaikan kerja mereka dengan rapi.


“Selain persekitaran kotor, kami juga berdepan masalah bau busuk ketika melalui kawasan tersebut. Masalah ini menimbulkan rasa kurang senang bukan sahaja penduduk, tetapi juga guru yang masuk mengajar anak kami di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi,” katanya.




Foto: Kosmo







Seorang penduduk, Jamal Alias, 42, berkata, longgokan sampah di kawasan tepi jalan itu menyebabkan pencemaran bau dan udara apabila pembakaran sampah secara terbuka turut dilakukan di kawasan berkenaan.


Katanya, kawasan sampah yang busuk itu turut menjadi lokasi pembiakan lalat dan ulat yang dikhuatiri boleh menda­tangkan penyakit.


“Selain itu, longgokan botol plastik, bekas dan sisa makanan telah menarik perhatian haiwan liar seperti anjing dan babi hutan ke kawasan sampah itu.


“Kami yang menggunakan jalan berkenaan untuk membeli bahan makanan pada waktu siang dan malam berasa sangat tidak selesa dengan keadaan itu,” ujarnya.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Amran Arifin berkata, pihaknya telah mengeluarkan perbelanjaan membersihkan laluan ke Kampung Pasir Linggi yang ditutupi oleh semak samun demi kemudahan dan keselamatan pengguna jalan.


“Kerja pembersihan tersebut dijangka mengambil masa tiga hari menggunakan jentolak bermula Khamis ini,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.035223 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list