View: 4796|Reply: 44
|
Puteri Balqis Tengah Angau Bercinta Dengan Kawan Lama, Menyampah Disamakan Dengan Artis Lain
[Copy link]
|
|
Tidak pernah sorok kekasih, Puteri Balqis menganggap perbezaan usia jejaka bernama Bryan Herbet empat tahun lebih tua daripadanya bukan satu isu besar.
Puteri Balqis Azizi kata ereka saling mengenali sejak zaman kanak-kanak, namun terpisah sehingga lelaki itu menghubunginya semula pada tahun lalu seterusnya mencetuskan bibit-bibit cinta.
Foto: IG
“Kami kenal sewaktu saya berusia sembilan tahun. Kiranya kawan lama, kemudian persahabatan kami renggang.
“Ini kerana keluarga berpindah dan sebagainya, jika dihitung sudah bertahun-tahun kami tidak berhubung sehingga tahun lalu (hubungi semula).
“Apabila Bryan dapat mencari saya, dari situ kami berkawan semula dan semakin rapat. Sudah hampir setahun kami bercinta.
Bagi saya jurang umur kami tidak terlalu jauh. Oleh kerana itu kami ‘sekepala’ serta saling memahami sebab kenal sejak kecil,” katanya kepada Kosmo!
Pada Mac lalu, Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014 itu berkongsi gambar bersama lelaki berdarah kacukan berusia awal 20-an yang dikatakan teman lelakinya.
Biarpun sudah memadam hantaran di aplikasi TikTok, ramai peminat memuji keserasian dan mendoakan hubungan pasangan itu berjalan lancar.
Menyentuh mengenai hubungan yang mendapat restu ibunya, Puteri Balqis memberitahu, kehadiran Bryan menjadi penguat semangat ketika dia berdepan cabaran.
“Dia kenal saya dan cukup memahami. Perjalanan kami masih jauh, cuma saya boleh katakan Bryan antara penyuntik kekuatan selain mama dan pengurus.
“Mereka insan terdekat yang ada di sisi, saat saya berada dalam situasi sukar,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Puteri Balqis mengakui memadam komen netizen yang kerap menyamakan dirinya seperti selebriti lain.
Mereka tidak tahu betapa terlukanya saya. Anda rasa saya bangga? Tidak,” katanya menerusi InstaStory semalam.
Tidak menamakan selebriti itu, Puteri Balqis memberitahu, dia tidak rasa bangga dengan persamaan tersebut.
Menerusi perkongsian sama, Puteri Balqis juga mencetuskan tanda tanya apabila mendedahkan tidak memaafkan pihak yang pernah melakukan sesuatu terhadapnya sebelum ini.
“Saya tak mahu melihat nama mereka dalam akaun media sosial saya. Malah, tidak pernah lupa dengan hal yang mereka lakukan terhadap saya,” katanya tanpa berkongsi mengenai perkara yang pernah berlaku ke atasnya kepada umum.
Sebelum ini, Puteri Balqis kerap disamakan dengan pelakon Aedy Ashraf serta selebriti luar iaitu Avril Lavigne dan Vanesha Prescilla. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
ok la dik
semoga hang bahagia la naaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa bila dah besar ni..nmpk glow up nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aammyy at 3-5-2023 10:07 AM
Tak faham la. Apa yg terlukanya bila orang samakan dia dgn selebriti lain tu? Selebriti mana? Byk sangat yg disamakan. Apa kaitan dgn dia ada bf?
Lepastu tiba2
[quote]Menerusi perkongsian sama, Puteri Balqis juga mencetuskan tanda tanya apabila mendedahkan tidak memaafkan pihak yang pernah melakukan sesuatu terhadapnya sebelum ini.
“Saya tak mahu melihat nama mereka dalam akaun media sosial saya. Malah, tidak pernah lupa dengan hal yang mereka lakukan terhadap saya,” katanya tanpa berkongsi mengenai perkara yang pernah berlaku ke atasnya kepada umum.[quote]
|
|
|
|
|
|
|
|
ni haa gambar dari kecik terus sampai ke bilik hotel..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah pakai putih.... surprise! |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 3-5-2023 10:12 AM
ni haa gambar dari kecik terus sampai ke bilik hotel..
Berapa umur dia ni yek? |
|
|
|
|
|
|
|
yang mamat tu rasa da 20 thun kot sbab beza 4 tahun dengan PB
|
|
|
|
|
|
|
|
aammyy replied at 3-5-2023 10:05 AM
Tak faham la. Apa yg terlukanya bila orang samakan dia dgn selebriti lain tu? Selebriti mana? Byk sa ...
Aku pon kompius baca karangan ni..siapa artis yg disamakan dgn dia? Siapa plak yg buat sesuatu sebelom ni? Pening baca... |
|
|
|
|
|
|
|
apa status kes dia dgn bapak kandung dia aritu ek? senyap je dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
mende wartawan ni tulis mcm tak sabar2 nak lumpsum semua cerita dlm 1 artikel |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 3-5-2023 10:36 AM
Aku pon kompius baca karangan ni..siapa artis yg disamakan dgn dia? Siapa plak yg buat sesuatu seb ...
Pusing2 dia jugak la yg terpaling tersakiti. Ekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
myakayina replied at 3-5-2023 10:41 AM
apa status kes dia dgn bapak kandung dia aritu ek? senyap je dah..
Ha'ah kan. Takde duit nak hire lawyer kot. Lagipun susah nak buktikan, ada saksi sorang tu je (mak dia). |
|
|
|
|
|
|
|
haaa baikla dik. moga bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
bercampur campur ye isi kandungan berita |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni sejenis kaki panjang badan pendek.. Bila berjalan nampak pelik sikit..
Nak cepat matang, tapi bercakap still mcm budak2..
Apapon, aku doakan yg terbaik utk mu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya nak, 4 tahun beza pun u r still underage. Kalau korang kena tangkap mengongkek walaupun volunteerally, dia still akan kena charge merogol.
Jgn bising2 kat socmed diam je bila dah rasa tak tahan tunggu masuk 16 terus kawin sajork. |
|
|
|
|
|
|
| |
|