View: 522|Reply: 8
|
Telinga Digigit, Polis Siasat Kes Buli Anggota TUDM
[Copy link]
|
|
Dakwaan kes buli membabitkan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tular di media sosial dipandang serius Kementerian Pertahanan.
Dalam kenyataan media semalam, kementerian itu berkata siasatan terperinci dan telus telah dilaksanakan dengan serta-merta.
"Bagi kes berkenaan, TUDM telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan aduan tersebut, kini di dalam siasatan pihak PDRM.
"Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa tidak ada kompromi terhadap sebarang salah laku yang melibatkan pelanggaran disiplin, tatatertib, jenayah dan isu berkaitan perundangan seperti buli dan lain-lain yang melibatkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," kata kenyataan itu.
Terdahulu tular di Twitter mengenai luahan seorang wanita yang mendakwa adik lelakinya dibuli di pusat latihan tentera udara.
Wanita terbabit turut berkongsi gambar beberapa anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adiknya ketika menjalani latihan.
BACA JUGA: Pelatih TUDM Kena Buli Sampai Pekak - 'Kau Gay Ke Gigit Telinga Adik Aku?'
Sementara itu kementerian berkata tindakan tegas mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada akan diambil terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dan didapati bersalah.
"Sehubungan dengan itu, semua pihak dimohon supaya tidak membuat sebarang spekulasi agar tidak mengganggu kes yang kini dalam siasatan pihak berkuasa," jelas kenyataan itu.
Sumber: MalaysiaKini |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham apa perasaan orang yang menggigit sebagai weapon ni? minda anjing atau kucing kot. Tangan kaki kan ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
closed case sbb nak jaga nama baik... gitu aja nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tengok budak2 muda baru dapat tauliah pakai uniform kat socmed, dieorg lah yg terpaling beruniform kt muka bumi ni..ovari gadis2 mula menggeletis brsuamikan dieorg sbb boleh up kt socmed laki pkai uniform..padahal sisi gelap geng ni, hanya org2 tertentu jer yg tahu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga si pembuli mendapat hukuman yang setimpal |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mike tyson
cuma yg ni x putus kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
memasing muka cam sial jah tak helok pon ada hati nak jadi pembuli babi2 lahnat ni |
|
|
|
|
|
|
|
moga ko mampus kena lenyek dilanggar lori babi lahnat2 sialan ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|