CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2729|Reply: 22

Kontraktor Komplot Bunuh Pemilik Rangkaian Klinik Swasta Untuk Biaya Kos Perundangan

[Copy link]
Post time 2-5-2023 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Seorang kontraktor berkomplot melakukan pembunuhan pemilik rangkaian klinik swasta bagi mendapatkan wang membiayai kos perundangan berkaitan kes dadah dihadapinya.


Kejadian itu terbongkar apabila suspek utama berusia lewat 30 an bersama empat lagi suspek berusia 22 hingga 40 tahun ditahan kira-kira pukul 4 petang pada 27 April lalu sekitar Kajang dan Ampang.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa berusia 41 tahun telah menaiki kenderaan sendiri bertemu dengan suspek di sebuah restoran di Semenyih kira-kira pukul 11 pagi pada 26 April lalu.




Hussein (dua kiri) menunjukkan barangan rampasan kes bunuh pemilik rangkaian klinik swasta pada sidang akhbar tersebut. -Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!




Katanya, bagaimanapun mangsa telah diperdaya dan menaiki kereta suspek ke sebuah lokasi atas alasan perniagaan.


“Sepanjang itu juga, mangsa ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbitnya kepada rakan serumahnya dan meminta dimasukkan wang syarikat berjumlah RM228,000 ke dalam akaun tidak dikenali.


“Turut menerima SMS sama adalah akauntan syarikat mangsa yang juga diarah membuat pemindahan wang namun tidak dilakukan kerana curiga terhadap SMS itu sebelum telefon bimbit mangsa gagal dihubungi,” katanya pada sidang akhbar hari ini.


Rententan itu, kata beliau, polis kemudiannya menerima laporan daripada seorang lelaki yang merupakan rakan serumah mangsa berusia 36 tahun dan ahli keluarga mangsa.


Ujar Hussein, polis yang menjalankan siasatan kemudiannya berjaya menahan lima termasuk dua wanita selain merampas 12 telefon bimbit termasuk salah satu kepunyaan mangsa.


Selain itu, tiga buah komputer riba dan sebuah kereta jenis Perodua Axia milik salah seorang suspek.


“Soal siasat kemudiannya mendapati salah seorang suspek mengaku merancang dan membunuh mangsa sebelum dibuang dalam gaung setinggi 27 meter di kawasan terpencil di Hulu Langat.


“Ketika ditemui didapati mangsa yang masih lengkap berpakaian, kedua-dua tangan diikat dengan kesan jerutan tali kabel dan diletakkan dalam bagasi,” jelasnya.


Tambah beliau, hasil pemeriksaan bedah siasat pakar patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan jerutan pada leher yang menyebabkan saluran pernafasan tersekat.


“Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa dan suspek utama yang merupakan kontraktor telah berkenalan sejak setahun lalu selepas membaik pulih klinik dan rumah mangsa.


“Motif kejadian adalah bagi mendapatkan harta milik mangsa. Ini kerana suspek ada masalah kewangan bagi membiayai peguam bagi kes berkaitan dadahnya sebelum mendapat idea bagi menculik, memeras dan membunuh rakannya itu,”tegasnya.


Kata Hussein, siasatan turut mendapati tiga daripada suspek terlibat secara langsung dalam kes tersebut.


“Kita percaya suspek memang berniat membunuh disebabkan persiapan telah dibuat suspek termasuk tali wayar. Suspek juga telah berjaya mendapatkan RM20,000 daripada mangsa tersebut.


“Mangsa adalah seorang yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) berkaitan perkhidmatan kesihatan dengan memiliki aplikasi pengurusan kesihatan,” katanya.


Jelas beliau, kes yang pada awalnya disiasat mengikut 385 Kanun Keseksaan kini berubah kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




Sumber: KOSMO!ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2023 06:46 PM | Show all posts
weeii dah ada la bebenang


tt ni mabuk tupat sutun kut
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 08:59 PM | Show all posts
mana eh bebenang tu? cari tak jumpa plak
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 09:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok dh terjawab kt sini…
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ni baru lengkap apa sebabnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2023 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
thread ni lebih lengkap berkaitan kes
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 03:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut kata doktor ni, mangsa tu Muslim.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2023 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada apps kesihatan weh... Siapakah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 08:50 AM | Show all posts
sungguhpun redundant thread
tp artikel yg diletakkan kt sini lebih complete


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 08:55 AM | Show all posts
kesiannya...

iols rasa suspek yang tulis text tu kat housemate Dr. ni, minta transer ke account diorang.
ntah2 mangsa dah mati pun masa tu.

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Banyak duit pun susah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 09:04 AM | Show all posts
kasihan doc tu, salah pilih kawan...
baru kenal 1 tahun lebih, dah nak pinjam duit ribu2


“Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa dan suspek utama yang merupakan kontraktor telah berkenalan sejak setahun lalu selepas membaik pulih klinik dan rumah mangsa.


“Motif kejadian adalah bagi mendapatkan harta milik mangsa. Ini kerana suspek ada masalah kewangan bagi membiayai peguam bagi kes berkaitan dadahnya sebelum mendapat idea bagi menculik, memeras dan membunuh rakannya itu,”tegasnya.

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 2-5-2023 11:20 PM
Ada apps kesihatan weh... Siapakah?

Katanya Dr Usman Bacha, dia ada apps Sihatku. Education background impressive juga, buat PhD kat Johns Hopkins.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 3-5-2023 09:05 AM
Katanya Dr Usman Bacha, dia ada apps Sihatku. Education background impressive juga, buat PhD kat J ...

Hebat academic profile. Bachelor in molecular bio, master /PhD in biochemist. John Hopkins & U of Wisconsin pun mmg top uni kat US & global. Sayang negara hilang satu bijakpandai in healthcare.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 09:47 AM | Show all posts
hebat gile background education dia..
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Allahummagh Firlahu Warhamhu wa afihi wa' fuanhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 3-5-2023 09:05 AM
Katanya Dr Usman Bacha, dia ada apps Sihatku. Education background impressive juga, buat PhD kat J ...

Aduhai.. kesiannya. Tak memasal hilang nyawa macam tu je akibat petty problem org lain. Berhati-hatilah memilih kawan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini antara sebab hukuman mati mandatori jgn dimansuhkan. Orang-orang macam ni yang suka ambil kesempatan kat orang lain buat jenayah terancang patut ke hukum mati je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 11:19 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 3-5-2023 08:50 AM
sungguhpun redundant thread
tp artikel yg diletakkan kt sini lebih complete

Ikut rules dulu2 just update ja thread sedia ada. Kalau terbuka gak sebab terlepas pandang, mod boleh merge.
Tapi ini thread wartawan Cari mod tak boleh sentuh. Itu pun kalau mod masih wujud lah.

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 11:21 AM | Show all posts
JunkMail replied at 3-5-2023 11:17 AM
Ini antara sebab hukuman mati mandatori jgn dimansuhkan. Orang-orang macam ni yang suka ambil kesemp ...

Hakim boleh ja nak hukum mati walau tak ada perkataan mandatori. Yang letak hukum mandatori tu politicians even before the act is committed.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.476636 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list