CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 573|Reply: 9

Padang Terap, Jerantut Dan Jempol Rekod Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga

[Copy link]
Post time 1-5-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Tiga lokasi di negara ini menunjukkan cuaca panas pada tahap berjaga-jaga, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).


Kawasan terbabit adalah Padang Terap di Kedah, Jerantut di Pahang dan Jempol di Negeri Sembilan.


Merujuk data status gelombang haba pada laman sesawang jabatan itu, tiga kawasan itu mencatatkan gelombang haba tahap kuning setakat petang semalam, yang merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.






Keseluruhan kawasan di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak masih mencatatkan tahap biru, yang merujuk suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.


Sementara itu, berdasarkan ramalan cuaca MetMalaysia melaporkan tiada hujan di Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka pagi ini.


Pagi ini, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Johor.


Ribut petir juga dijangka berlaku di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Johor, Perlis, Kedah, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Pahang pada petang serta malam ini.


Media semalam melaporkan, negara ketika ini masih lagi berada dalam musim peralihan monsun sehingga Mei dengan cuaca seperti ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang, selain lewat petang atau malam sepanjang tempoh itu.


Pakar Klimatologi dan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM), Dr Fredolin Tajudin Tangang dilaporkan berkata, keadaan ini berlaku terutamanya di kawasan pantai barat semenanjung dan Lembah Klang, di mana secara puratanya curahan hujan paling tinggi pada April dan Mei.


Malah pusat ramalan iklim APEC Climate Center di Busan, Korea meramalkan kebarangkalian El Nino akan berlaku bermula Jun adalah melebihi 90 peratus.


Seperti fenomena El Nino sebelum ini, keadaan di Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih kering dan panas bermula Jun hingga Oktober.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2023 12:09 PM | Show all posts
Dekat Kedah boleh kata tetiap petang hujan lebat
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur kl hari² hujan petang...
Pagi tghari mmg panas berkuap sb takde lgsg angin...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 1-5-2023 12:09 PM
Dekat Kedah boleh kata tetiap petang hujan lebat

Iye. Hujan pakej sekali kilat guruh
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
" Seperti fenomena El Nino sebelum ini, keadaan di Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih kering dan panas bermula Jun hingga Oktober."

laaaa ingatkan dah start dah..kiranya the worst is yet to come la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
aku baru sampai sabah, memang terasa panas betul semenanjung biarpun kt luar bandar,  kt sabah pun aku duduk area tepi laut bukan kt kundasang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter: " Seperti fenomena El Nino seb ...


Tulah belum berlaku lagi. Kalau berlaku ada baca 40 degree tu normal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 1-5-2023 12:11 PM
Syukur kl hari² hujan petang...
Pagi tghari mmg panas berkuap sb takde lgsg angin...

Duduk kt garisab khatulistiwa bila takde angin sana rasa itik salai. Sebab berwap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2023 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pj petang hujan lebat siap guruh
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 04:36 PM | Show all posts
Cash sebab sambut Hari Wanita, Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Bapa.. Kesan dari hari-hari istimewa (bukan hari besar) untuk meraikan seseorang itulah yang membawa kepada cuaca panas melampau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.052303 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list