CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 1

1MDB: Roger Ng Mohon Tangguh Penjara, Nak Jumpa Keluarga

[Copy link]
Post time 30-4-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode
New York: Bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs, Roger Ng meminta hakim menangguhkan permulaan hukuman penjara 10 tahun kerana peranannya dalam penipuan global membabitkan dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan berkata, dia memerlukan tiga bulan untuk membenarkan isteri dan anak perempuannya tiba di New York dari Malaysia, lapor Bloomberg.


Hakim Margo Brodie menjatuhkan hukuman itu kepada Ng pada 9 Mac dan memerintahkannya menyerah diri kepada pegawai penjara persekutuan pada 4 Mei.


Peguam pembelanya, Marc Agnifilo pada Jumaat meminta mahkamah membenarkan Ng menangguhkan hukuman penjara itu sehingga Ogos.






Agnifilo berkata, Ng tidak pernah melihat anak perempuannya, yang kini berusia 10 tahun, selama lebih empat tahun – sejak dia ditangkap di Malaysia pada 2018.


Ng, yang bersetuju untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi perbicaraan di New York pada awal 2019, juga menghadapi pendakwaan di Malaysia sebaik sahaja dia dibebaskan, kata Agnifilo.


"Disebabkan tempoh masa yang Ng habiskan dengan anak kecilnya, dan tempoh hukumannya, kami dengan hormatnya memohon supaya Ng dapat menghabiskan dua bulan bersama keluarganya sebelum dia menyerah diri," kata Agnifilo.


Peguam itu berhujah bahawa anak guamnya bebas dalam tahanan rumah dan pemantauan elektronik sejak majistret persekutuan di Brooklyn bersetuju membebaskannya dengan jaminan AS$20 juta (kira-kira RM89 juta) pada Mei 2019, dan tidak pernah melanggar syarat pembebasannya.


Agnifilo berkata, pendakwa raya membantah penangguhan itu.


John Marzulli, jurucakap kepada Peguam Daerah Brooklyn Amerika Syarikat, Breon Peace, enggan mengulas mengenai permintaan Ng.




Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2023 10:47 AM | Show all posts
Where is Roger Ng from?

A jury in Brooklyn, New York, found Ng, 50, from Malaysia, guilty of violating US anti-bribery laws, money laundering and illegally skirting Goldman's accounting controls, after a seven-week trial. Ng is the only Goldman banker to have been tried and convicted in the scandal.9 Mar 2023

orang malaysia pulak roger ng ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.208629 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list