CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 889|Reply: 0

Oat bantu cantikkan wajah, rawat ekzema

[Copy link]
Post time 30-4-2023 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Oat bantu cantikkan wajah, rawat ekzema



Oat mengandungi khasiat antiinflamasi dan antioksidan sangat baik untuk kulit sensitif.- Foto hiasan
Pengambilan oat mampu mengenyangkan dalam tempoh lama, kaya dengan serat, karbohidrat dan zat besi mampu diserap balik dalam tubuh.

Namun, tarikan bahan semula jadi ini, oat bermanfaat untuk kecantikan diri sekiranya disapu terus pada kulit.

Oat mengandungi khasiat antiinflamasi dan antioksidan sangat baik untuk kulit sensitif serta mengatasi pelbagai masalah kulit.

Oat dikatakan menjadi antara bahan penjagaan kulit semula jadi terbaik kerana kemewahan kandungan protein, vitamin B dan Omega 3 baik untuk kesihatan kulit.
Pembersih wajah

Oat boleh dijadikan sebagai bahan pembersih kulit wajah kerana ia berupaya melembapkan secara semula jadi.

Penggunaannya sesuai untuk semua jenis kulit wajah termasuk berminyak dan jerawat kerana kandungan saponin.

Kembalikan kelembapan kulit wajah

Kandungan polisakarida dalam oat dapat menangani masalah kulit kering dan kusam.

Khasiat zat ini dapat mengubah tekstur oat menjadi kenyal seperti agar-agar jika terkena air dan melindungi kulit dari dehidrasi sehingga kulit tidak mudah kering dan kusam.

Cerahkan ton dan haluskan kulit

Kandungan khasiatnya tinggi dapat mengembalikan keremajaan, sekali gus memberikan kesan kulit lebih cerah dan bebas daripada kekotoran degil.

Selain menanggalkan sel kotor pada wajah bagi memastikan tekstur kulit sekata, oat juga mengurangkan bekas jerawat untuk kulit kelihatan normal.

Lembutkan kulit

Oat juga dapat mengembalikan tangan kasar selepas banyak melakukan kerja rumah. Ia juga membantu menghilangkan kulit mati dan kotoran dengan baik.

Bantu kulit bebas dari bakteria

Penghasilan minyak berlebihan akan menutupi liang roma, sekali gus mengakibatkan pengumpulan minyak muka berlebihan.

Keadaan ini juga menjadi punca kepada kulit bermasalah dan jerawat.

Tanggalkan sel kulit mati

Kulit perlu menjalani proses regenerasi untuk menghasilkan sel kulit baru dan sihat.

Oleh itu proses penyingkiran atau pengelupasan amat penting untuk membolehkan kulit baru lebih sihat dan segar membentuk pada wajah.


Selain tanggalkan sel kotor pada wajah, juga rawat bekas jerawat dan ekzema. - Foto hiasan


OAT UNTUK KULIT SENSITIF

Pernahkah anda berasa sangat kecewa, tidak berdaya dan menahan kesakitan gara-gara kulit yang terlalu kering akibat ekzema sehingga membayangkan tiada apa yang benar-benar membantu?

Wajah anda sentiasa dipenuhi dengan tompok- tompok merah dan mengelupas? Sehinggakan walaupun dicuci lembut dan dilap perlahan-lahan pun, kesakitannya cukup luar biasa.

Murad, antara jenama yang dipercayai dalam merawat masalah kulit yang specifik dengan produk yang selamat, terbukti secara klinikal dan bebas kekejaman - teruja memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya, Koleksi ExaSoothe.

Ia adalah sistem penjagaan kulit tiga bahagian yang menggunakan oat penenang kulit yang kuat,

untuk membantu melegakan dan menenangkan kulit yang sangat kering, terdedah kepada ekzema, sambil memberikan kelegaan yang lebih

lama daripada kerengsaan.

Kenapa oat?

Pakar diklasifikasikannya sebagai emolien kerana ia berupaya menahan kelembapan pada kulit, membantu melembutkan dan menenangkannya. Ia juga mempunyai kualiti anti-radang dan melegakan kegatalan.

Atas sebab-sebab inilah Koleksi ExaSoothe Murad menggunakan ekstrak oat, dan ekstrak piawainya kaya dengan antioksidan dan mempunyai manfaat menenangkan yang luar biasa.

"Ia membantu penjagaan ekzema, sistem penjagaan kulit yang mewah untuk kulit sensitif.

Sistem kawalan ekzema tiga bahagian kami memberikan ketenangan luar biasa tanpa menipiskan

kulit akibat steroid," ulas Pengarah Urusan Perubatan Deacon, Lim Chang Chern.

i) Soothing Oat: Jika anda menganggap membersihkan wajah hanya memburukkan ekzema, pembersih yang selamat dan lembut berkrim ini dicipta dengan mengambil mengenainya.

Diformulasikan untuk membersihkan kulit yang terdedah kepada ekzema, pembersih micellar yang berkrim dan sangat lembut ini membantu membersihkan kotoran, minyak dan solekan dengan selamat, sambil mengekang kerengsaan dan meninggalkan kelembapan yang bermanfaat.

Ia diperkaya dengan ekstrak oat yang menenangkan kulit, gula penghidratan kompleks yang jarang didapati dalam pembersih muka jenis bilas, dan mentega shea yang berkesan untuk membendung kerengsaan dan menambah penghalang pengurangan kelembapan (faktor biasa untuk kulit yang terdedah kepada ekzema).

ii) Quick Relief: Krim terapeutik ini bertindak pantas dengan kandungan lima peratus oatmeal koloid yang terbukti secara klinikal, melawan kegatalan, kerengsaan dan ruam.

Campuran proprietari dan ceri tanah menghidrat untuk melegakan ketidakselesaan dan kemerahan dan seterusnya memulihkan keadaan kulit.

Ia juga membantu mengurangkan risiko pendedahan kulit terhadap isyarat pencetus ekzema, supaya anda boleh menarik nafas lega lebih lama sebelum kerengsaan berikutnya.

iii) Daily Defense: Dengan campuran proprietari oatmeal koloid, niacinamide dan gula rumput mondo yang mengunci kelembapan kritikal dan lipid untuk menguatkan kulit dari dalam, sambil memanjangkan kelegaan daripada serangan eczema.

Ia juga membantu mengurangkan kegatalan dan ketidakselesaan akibat ekzema kerana asid lemak daripada mentega shea membantu melembutkan, menghidrat dan melindungi kulit yang kering dan pecah-pecah.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... -wajah-rawat-ekzema



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067090 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list