CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

[Perlis] Jualan harumanis kembali rancak di Perlis

[Copy link]
Post time 30-4-2023 09:29 AM | Show all posts |Read mode

AZMAN menunjukkan buah harumanis yang dijual Jalan Sungai Batu Pahat, Kangar semalam.

Jualan harumanis kembali rancak di Perlis

KANGAR – Jualan mangga harumanis kini rancak apabila hasil tanaman itu mulai dituai dan dijual kepada orang ramai di kebanyakan lokasi di sekitar negeri ini.

Peniaga harumanis, Azman Ghazali, 43, berkata, bekalan mangga itu dijangka terus berada di pasaran sehingga Jun ini kerana musim harumanis kali ini berperingkat.

“Alhamdulillah, musim cuti perayaan Aidilfitri membawa rezeki kepada peniaga hasil pertanian ini berikutan musim kali ini kena dengan tarikh sambutan itu.

“Boleh dikatakan jualan meningkat pada musim ini kerana rakyat Perlis pulang ke kampung untuk beraya dan membeli harumanis sebagai buah tangan kepada saudara mara atau rakan-rakan,” kata­nya ketika ditemui di hadapan Pusat Kecemerlangan Harumanis Perlis di Sungai Batu Pahat, di sini semalam.

Katanya, jualan harumanis pada setiap hari mencecah RM1,000 dan menjangkakan momentum jualan kekal sehingga Isnin ini.

“Selain jualan secara fizikal, saya juga mengambil tempahan secara online menerusi platform media sosial Facebook,” ujarnya.

Azman menjual buah ber­kenaan secara fizikal pada harga RM35 sekilogram untuk gred A+; gred A (RM30); gred B (RM25); gred C (RM20), manakala di pasaran online adalah RM110 bagi tiga kilogram harumanis gred A termasuk kos penghantaran.

Sementara itu, seorang lagi penjual harumanis, Ainur Najihah Azmi, 21, dia mula menjual mangga itu sejak pertengahan Ramadan lalu.

“Waktu itu adalah permulaan musim menuai harumanis dan rata-rata pengusaha yang menjual secara runcit meletakkan harga sekitar RM35 sekilogram bagi gred A.

“Biasanya pada awal musim memang harga agak tinggi ke­rana permintaan tinggi, namun bekalan masih kurang,” jelasnya.

Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati, terdapat lebih 10 gerai menjual harumanis di sepanjang laluan Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun dan turut terdapat gerai jualan Jalan Padang Besar-Chuping yang menjadi laluan utama ke Padang Besar. -KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... i-rancak-di-perlis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.072244 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list