View: 1520|Reply: 3
|
Tuduhan Orang Ketiga Bukti Tidak Kenal Isteri Sendiri, Cinta Diana Danielle Terhadap Farid Kamil Sudah Pudar
[Copy link]
|
|
Pelakon Diana Danielle seolah-olah memberikan bayangan bahawa suaminya, Farid Kamil langsung tidak mengenali dirinya apabila sanggup menuduh wujud orang ketiga yang menyebabkan pergolakan rumah tangga mereka.
Pemilik nama sebenar, Diana Danielle Beeson menerusi IG Story turut mengakui rasa cinta terhadap Farid sudah pudar membuatkan dia tidak mampu bertahan menanggung kesakitan apatah lagi membiarkan orang lain menghancurkan hatinya.
"Jika awak fikir sejenak yang saya ada orang lain, itu bukti asas awak mengenali saya dengan baik.
"Selepas rasa cinta terhadap awak sudah pudar, hati saya tidak boleh lagi menanggung untuk membiarkan orang lain menghancurkannya," tulis Diana.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurnikan dua orang anak iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Kemelut rumah tangga pasangan ini belum menemui titik noktah apabila Farid enggan melafazkan talak pada 20 Mac lalu atas alasan masih sayangkan Diana.
Sumber: mStar, IG Diana Dianelle |
|
|
|
|
|
|
|
Insha Allah semoga Allah dipermudahkan segala urusan.. semoga yg baik² utk kamu berdua.. kita merancang ttp perancangan Allah yg terbaik..
Redha dan ikhlas dgn ujian dari Allah..insha Allah semoga Allah lindungi kita dari fitnah dunia , fitnah dajjal dan fitnah akhirat
|
|
|
|
|
|
|
|
Naargees replied at 29-4-2023 08:33 PM
Insha Allah semoga Allah dipermudahkan segala urusan.. semoga yg baik² utk kamu berdua.. kita mer ...
Amin. Begitulah kehidupan kan sol. Kalau dah tawar hati jangan zalimi pasangan, perasaan boleh berubah jadi lepaskan je baik2 |
|
|
|
|
|
|
|
Baiklah sol/ira/kakak ira
Boleh la bercakap dpn cermin pasni ye
|
|
|
|
|
|
|
| |
|