CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 3

Warga Emas Maut Dihempap 'Lembu Terbang', Temui Ajal Di Tepi Landsan Kereta Api

[Copy link]
Post time 29-4-2023 07:25 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pesara di India yang maut apabila dirempuh seekor lembu yang tercampak 30 meter ke udara selepas dilanggar kereta api ekspres baru-baru ini.


Kemalangan aneh itu berlaku ketika Shivdayal Sharma, 82, sedang berehat di landasan kereta api di bandar Alwar di negeri Rajasthan di utara India, pada 18 April lalu.


Bekas pekerja kereta api itu dirempuh haiwan itu dan mati di tempat kejadian.






Seorang lagi lelaki yang juga sedang berehat berdekatan terselamat daripada terkena 'haiwan terbang' itu.


Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu menghantar mayat ke hospital berdekatan untuk dibedah siasat, sebelum diserahkan kepada waris.


Kematian lembu akibat pelanggaran kereta api bukanlah perkara baharu di India.


Data kerajaan menunjukkan bahawa kereta api di negara itu melanggar lebih daripada 13,000 lembu, tahun lalu dan angka itu menunjukkan peningkatan 24 peratus, berbanding 2019.


Ribuan penduduk India membawa lembu mereka untuk meragut rumput di tepi landasan kereta api.


Ramai pemilik lembu juga tinggal berhampiran trek atau mengembala lembu mereka merentasi landasan kereta api untuk pergi dengan cepat dari satu tempat ke yang lain.


Pada November 2021, Menteri Kereta Api Ashwini Vaishnaw mengumumkan bahawa pagar atau tembok sempadan sedang dibina di samping trek di kawasan yang terdedah kepada pencerobohan lembu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2023 03:06 PM | Show all posts
Kematian lembu akibat pelanggaran kereta api bukanlah perkara baharu di India.

Manakala di tanah air pula lembu tidur atas jalanraya assume kereta sempat brake. Tunggu masa juga kejadian lembu terbang di Malaysia nanti boleh forum India buka thread serupa
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hey diddle diddle,
The cat and the fiddle,
The cow jumped over the moon;
The little dog laughed
To see such fun,
And the dish ran away with the spoon.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 29-4-2023 03:22 PM
Hey diddle diddle,
The cat and the fiddle,
The cow jumped over the moon;

Masa kecik2 iols baca nursery rhyme cenggini..
Best mengimbau kenangan jaman mudo2..

Takziah kpd kuarga ankel ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.052686 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list