View: 2041|Reply: 42
|
Tengah Layan Jam Tiba-Tiba Muncul Lelaki Tengah Jalan, Pegang Parang Lompat Atas Bonet!
[Copy link]
|
|
Seorang individu sempat merakam insiden yang berlaku ketika melalui jalan raya yang dipercayai menghubungkan Kuantan dan Muadzam Shah, Pahang menerusi kamera papan pemuka (dashcam) miliknya.
Katanya dia sedang menghadapi kesesakan lalu lintas sejauh 15 kilometer (km) selama 30 minit sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran satu lembaga.
"Kita tengah santai layan kesesakan. Tiba-tiba ada orang dekat tengah jalan ni. Ini la kot yang jadi punca sesak tu.
"Dia macam tengah jogging, tapi di tengah-tengah jalan," tulis individu terbabit dalam videonya.
Keadaan lebih memeranjatkan apabila lelaki yang muncul daripada kegelapan malam itu secara tiba-tiba melompat ke atas bonet kereta pemilik dashcam berkenaan.
Lebih membimbangkan apabila lelaki itu diperhatikan sedang memegang sebilah parang.
Tatkala keadaan bertukar cemas, pemandu kereta itu menekan pedal minyak hingga menyebabkan lelaki terbabit tercampak sejauh beberapa meter ke atas jalan tar.
Dia kemudian terus berdesup meninggalkan tempat kejadian dan lelaki itu di belakangnya.
Lelaki itu tercampak ke hadapan ketika individu berkenaan brek mengejut.
"Gerak dulu, apa-apa roger," kata individu itu berseloroh.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengatakan mereka ada melihat kelibat lelaki itu ketika melalui jalan yang sama.
"Ni macam dekat jalan Kuantan ke Muadzam Shah tu je. Dekat Keratong, Pahang kot. Hari tu dalam Waze ada beritahu ada orang gila pegang parang. Macam sama je.
"Waktu kami lalu tu polis dah ada. Tapi dia masih duduk dekat tengah jalan pegang parang.
"Haritu waktu saya lalu jalan kampung Segamat ke Yong Peng, Johor pun ada nampak orang dalam gelap. Kami berdua terkejut, dah jauh baru tanya suami, orang ke tu?
"Suami cakap rasanya orang sebab dia bawa parang atau sabit dalam gelap, memang gila weh," kata sebahagian warga maya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Penat panjat bonet banyak kali lepas tu jatuh tertonggeng pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Eh nasib org tu tegolek.. dtg gila dia libas parang ke dlm lg seram… |
|
|
|
|
|
|
|
aiigooo bahayanya kalau perempuan yg kena mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Patut gelek dengan tayar sekali perompak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib la masa dia jatuh tu parang x tertusuk ke badan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya tajuk. Tu bukan jam lah bodoh, tu traffic jam. Kalau english, kau italickanlah perkataan tu, adalah beza bila bercampur bahasa melayu dengan english. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Imkhai at 29-4-2023 09:50 AM
pekanwoohoo replied at 29-4-2023 09:06 AM
Bodohnya tajuk. Tu bukan jam lah bodoh, tu traffic jam. Kalau english, kau italickanlah perkataan tu ...
Ayyooo bang ke sister ni?org malayu totok kehulu hilir ckp jem contoh 'penat la weehh layan jln jem' 'wooiii pondan ko jgn ikot "jln org bodoh tu"sana jln jem xpnh lagi dgr melayu totok tmbh traffic dlm contoh ayat aku bg kt atas ni nm pon forum melayu xyah nk acah2 trpaling ayat nk btl la sedih hidup lyn jem pale je |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak lenyek je, kang di libas parang tu naya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni aku rs nak bwk jenih2 pick up jah...buat dajal sgt kito lenyek kaki dia...jgn sampai mati lak..kita plak yg kena... |
|
|
|
|
|
|
|
Kau pun satu lagi bodoh. Ni kan artikel penulisan, gunalah standard bila tulis. Kalau bahasa pasar, mana ada orang nak cakap penuh macam tu. Tapi dari segi penulisan kau pun macam orang terencat akal tak sekolah tak pandai mengeja, aku tak expect lebih pun dari kau. Booooooo...
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul ker org tu org gila?
Atau org yg cuba scam yg konon2 dia kena langgar & nak mintak ganti rugi?
Dan byk taktik2 mcm ni terjadi.
Kalau kereta yg ada dashcam, bolehlah buat bukti.
|
|
|
|
|
|
|
|
pekanwoohoo replied at 29-4-2023 10:05 AM
Kau pun satu lagi bodoh. Ni kan artikel penulisan, gunalah standard bila tulis. Kalau bahasa pasar ...
Ko tu yg bodoh sebenarnya nm pon forum lantak la nk 'ayat mcm mn pon kt dlm ni' semua bnda konon2 nk trpaling gi tmpat lain la ko nk melalak bnda mcm ni pon nk bebel konon2 bagus tp diri sendiri pon kelaut gi tenggelam sana la org spesis mcm ko ni bebal |
|
|
|
|
|
|
|
jem ke gitu? elok jah keta tu boleh gerak siap turbo mode bagai? hengatkan slow keta jalan cam siput ni siap boleh pecut lagi yihhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Cubaan puaka samada amok, mental atau nk merompak orang. Nasib bukan lori yg lalu masa tuh, kalau tak jadik lempeng gaytohhh! |
|
|
|
|
|
|
|
Sorang sempat kena tetak dah khabarnya kat simpang Keratong tuh. Scary gaytoh!
Suspek kurang siuman tetak lelaki diberkas polis
By Syahira Yahya - 24 April 2023
KUANTAN- Polis menahan seorang suspek kerana disyaki menetak seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam di Keratong 10, Muadzam Shah, hari ini
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil siasatan mendapati suspek lelaki yang dipercayai kurang siuman itu berjalan kaki dari Segamat menyerang mangsa secara tiba-tiba.
“Pada 24 April 2023, jam lebih kurang 8.30 malam polis telah terima satu maklumat mengatakan seorang lelaki telah ditetak menggunakan senjata tajam dipercayai parang oleh seorang lelaki di persimpangan utama Keratong 10 Muadzam Shah,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Menurut Ramli, mangsa kini dilaporkan stabil dan masih mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan Hospital Muadzam Shah.
Tambah beliau, mangsa dibawa ke Hospital Muadazam Shah untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Difahamkan wajah suspek telah dicam oleh mangsa dan kes masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/2023/04/24/suspek-kurang-siuman-tetak-lelaki-diberkas-polis/ |
|
|
|
|
|
|
|
Isshh.. bahaya wehh lalu situ kalau ada org mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
klu aku lenyek terus je
dah nampak bawak parang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis lompat bonet kalau kat china sejenis yg nak claim insurance |
|
|
|
|
|
|
| |
|