CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1765|Reply: 6

‘Kali Terakhir Jumpa Mael Lepak Lama, Dia Peluk Erat Macam Nak Beritahu Sesuatu’

[Copy link]
Post time 28-4-2023 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi rock, Mus May terkesan dan tidak menyangka dengan pemergian vokalis legenda XPDC, Allahyarham Mael malam tadi.


“Saya terdiam bila dapat tahu Mael sudah tiada. Saya tahu dia sakit asma tapi tak sangka Allahyarham pergi secepat ini," katanya.


Kali terakhir Mus, 55, bertemu dengan Allahyarham adalah sekitar Disember tahun lalu ketika sama-sama menjayakan Konsert Barbarik – Pentas Keras di Zepp Kuala Lumpur.




GAMBAR terakhir Mus bersama Mael yang dirakam sekitar Disember tahun lalu ketika sama-sama menjayakan konsert Barbarik - Pentas Keras di Zepp Kuala Lumpur.




“Saya dapat tahu tentang berita pemergiaan Mael daripada Joe Wings malam tadi. Memang terkejut dan tak sangka Mael dah tiada.


“Saya masih ingat kali terakhir kongsi pentas bersama dalam Konsert Barbarik – Pentas Keras di Zepp Kuala Lumpur Disember tahun lalu, kami berborak panjang.


“Mael jenis orang lepas buat ‘show’ memang selalunya akan terus pulang rumah. Tapi malam itu, dia ‘stay’ sampai habis sidang akhbar (lewat malam). Dia peluk saya erat-erat macam nak beritahu sesuatu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online, sebentar tadi.


Mus atau nama sebenarnya, Mustaffa Din memaklumkan, sepanjang mengenali Mael, lelaki asal Muar, Johor itu seorang yang pendiam namun periang apabila sudah cukup saling mengenali antara satu sama lain.


“Kalau tak kenal rapat Mael memang tak tahu yang dia sangat sempoi. Pandai bergurau namun pada masa sama, sangat menjaga privasinya. Dia tak suka privasinya diganggu.


“Apabila sudah kenal, memang dia akan kongsi banyak perkara. Itulah Mael yang saya kenal. Jiwa rockers sangat tebal dalam dirinya. Pemergiannya semestinya akan dirindui ramai, terutama kita yang sama-sama pernah bekerja dengannya,” kata Mus lagi.


Mus turut memaklumkan, Konsert Barbarik – Pentas Keras sepatutnya bersambung ke Sabah sekitar Julai tahun ini namun perancangan tersebut barangkali berubah disebabkan pemergian mengejut Allahyarham.


“Lepas ini, saya tak tahulah. Lagu Nasib Kita nyanyian saya dan Mael takkan kedengaran sama lagi.


“Saya mungkin akan nyanyi seorang atas pentas namun keadaan sudah tak sama. Saya akan sentiasa teringatkan kehebatan Allahyarham atas pentas apabila menyanyikan lagu tersebut.


“Tentang Konsert Barbarik – Pentas Keras kita tengok dahulu bagaimana. Patutnya bersambung ke Sabah tapi Mael sudah tiada, keadaan dah tak macam dulu,” ujarnya.


Malam tadi, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar, Johor sekitar pukul 9 malam.


Allahyarham mengalami masalah semput yang agak kuat, sejak kebelakangan ini.


Jenazah Mael selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar sekitar pukul 10.55 pagi tadi.


Majlis pengebumian dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada keluarga, sahabat dan rakan-rakan artis yang datang dari ibu negara.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Innaalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan org² beriman aamiin..salam takziah[em:9:]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa kemas je komen mus may
X mcm sorg tu
Ajet2 terpaling serba tau sgt
Kena jgk la dgn stesen tv yg x study sape rakan artis yg rapat dgn allahyarham


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat ahli keluarga Mael. Setuju komen atas. Harusnya Mus yg kena call. Pasti komen yg baik2..yang satu tu siap.ckp bukan Arwah tp sorg lagi. Ampunnn
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok, lepas ni siapa lagi retis nak bagitau kisah hidup? Dulu amija denan cerita kisah hidup dengan arwah maya katanya kawan baik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2023 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak salahkan hattan pun, ada jgk silap di pihak awani. astro awani ni mmg tak berkenan dgn pemberita diorg..acah2 nak santai sgt tapi bnyk yg i tgk dari dulu, tak kena cara. elok lah tu produser bilik berita pun tak alert. terkial2 lah anak buah yg nampak sgt jagungnya sbg pembaca berita. takde guideline lengkap. dari awal lg diorg patut tahu attitude Dato tu mcm mana. dh korang semua org media, biasa bergaul dgn org2 luar vvip ke artis.ke atlet ke, mustahil tak tahu attitude org mcm dato tu. org2 kat forum pun tahu dato tu mcm mana
ini kan pulak korang org media
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.068651 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list