CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 2

"Kalau Mati Merangkak Sendiri Masuk Kubur Takpe Juga" - Ruhainies

[Copy link]
Post time 28-4-2023 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon, Ruhainies berang dengan video tular memaparkan tindakan seorang lelaki yang melakukan aksi berbahaya (wheelie) ketika menunggang motosikal sambil membonceng seorang wanita.




IG




Jelas Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, tindakan dua individu berkenaan sememangnya berbahaya dan boleh meragut nyawa.


Rasa geram itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Bintang itu menerusi beberapa ciapan di Twitter.








Katanya lagi, hal ini juga akan menyusahkan orang lain sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku.


“Marah la. Kejap lagi mati macam mana?Lepas tu susahkan orang lain pulak tu. Kalau mati merangkak sendiri masuk kubur tak mengapa juga,” katanya lagi.








Terdahulu, memetik laporan Kosmo, pihak polis telah pun mengeluarkan kenyataan dan kini sedang mengesan dua individu berkenaan.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim Berkata, aksi ‘wheelie’ itu dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.







“Video itu jelas memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu.


“JSPT Bukit Aman mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal terbabit bagi siasatan lanjut.


“Aksi secara berbahaya ini adalah kesalahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya seperti yang dipetik.








Beliau berkata lagi, polis meminta penunggang motosikal itu untuk hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Dalam pada itu, Mat Kasim meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau mana-mana balai polis yang berdekatan.


Terdahulu video berdurasi 29 saat yang dikenalpasti berlaku di Kota Bharu itu tular di media sosial sejak 25 April lalu dan mendapat kecaman pelbagai pihak.




Sumber: Media HIburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 04:03 PM | Show all posts
Eh, retis konon2 ulas memende mcm ni bukan GOSIP.
Korang EDITOR CARI ni paham x gosip tu hape?
Takat pompuan muka tua bibir kemut ni bg ulasan yang x ilmiah ni, nk bukak thread buat ape?
Mmg korang keje bukak IG retis eh?
Setiap penulis bukak 40 tab, semua retis murahan yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik kau diam je la walaupun kenyataan kau tu betul. Sebab makin kau bising makin membuak-buak perasaan aku nak seret kau di atas jalan tar yg berlubang-lubang. Dari kau kisahkan budak dua ekor yg tak cukup sifat ni, baik kau berlatih mutu lakinan kau yg tetap kayu kayan expresi muka sama. Jadi watak perampas laki orang pun mcm watak pelacur rebut pelanggan dekat lorong2 gelap. Taknak marah lebih sebab tengah puasa enam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.496203 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list