CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 653|Reply: 8

Kekejaman dukun ganda wang Mbah Slamet

[Copy link]
Post time 26-4-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Kekejaman dukun ganda wang Mbah Slamet


PENEMUAN mayat mangsa pembunuhan 'Mbah Slamet'. FOTO detikJateng


Jakarta: Pembongkaran aktiviti bomoh pengganda wang dikenali sebagai Mbah Slamet yang membunuh kira-kira 12 mangsa di Banjarnegara, Jawa Tengah, mengejutkan masyarakat negara itu, baru-baru ini.

Kompas melaporkan, polis menemukan semua mayat yang ditanam di kawasan tanah di lereng bukit pada kedalaman 0.8 meter (m) sehingga satu meter.

Berikut adalah kronologi, motif dan jumlah mangsa pembunuhan oleh bomoh pengganda wang:

- Pembunuhan disyaki dilakukan Slamet Tohari, 45, terbongkar selepas polis Banjarnegara menerima laporan kejadian orang hilang pada 27 Mac lalu.

- Mangsa dari Sukabumi, Jawa Barat dikesan hilang selepas berkunjung ke Banjarnegara, untuk berjumpa Slamet pada 23 Mac lalu.

- Sebelum hilang, mangsa sempat menghantar pesanan WhatsApp kepada keluarga meminta mereka mencarinya di rumah Slamet, jika dia tidak dapat dihubungi selepas beberapa hari.

- Selepas pesanan itu diterima, keluarga tidak menerima sebarang khabar berita daripada mangsa lalu mereka ke rumah Slamet.

- Keluarga turut membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa dan sepasukan polis ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

- Hasil siasatan, polis mendapati mangsa sudah dibunuh dan mayatnya ditanam.

Ketua Polis Banjarnegara Hendri Yulianto berkata, mangsa ditanam di kawasan menuju ke hutan di Wanayasa.

Susulan penemuan mayat mangsa itu, polis turut menemukan beberapa lagi mayat mangsa lain di kawasan berhampiran.

Media sebelum ini melaporkan, Mbah Slamet yang disyaki membunuh sekurang-kurangnya 10 mangsa sejak 2020 ditahan polis di Jawa Tengah pada 1 April lalu.

Slamet ditahan di rumahnya di Desa Balun, Wanayasa, Banjarnegara bersama seorang pembantunya yang mempromosikan perkhidmatan penggandaan wang di media sosial.

Semua mangsa diperdaya Mbah Slamet yang kononnya mampu menggandakan wang daripada 40 juta rupiah (kira-kira RM11,822) kepada lima bilion rupiah (kira-kira RM1.5 juta).

Kes disiasat di bawah Perkara 340 Kanun Jenayah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau maksimum 20 tahun penjara.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... da-wang-mbah-slamet

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 12:16 PM | Show all posts

28 Dibunuh Dukun ‘Ganda Duit', Polis Masih Giat Menggali Untuk Keluarkan Mayat Mangsa

Operasi mencari sejumlah mangsa pembunuhan seorang dukun ‘pengganda duit’ di Banjarnegara, Jawa Tengah masih diteruskan polis Indonesia.


Proses tersebut difahamkan dibantu pasukan sukarelawan dengan menggali beberapa kubur besar yang dipercayai menempatkan puluhan mangsa dibunuh Slamet Tohari.




ANGGOTA polis mengangkat beg berisi cebisan mayat mangsa yang dibunuh seorang dukun di Banjarnegara, Jawa Tengah. - AGENSI




Berdasarkan maklumat yang dikumpul, polis menerima sebanyak 28 orang hilang dengan 22 ahli keluarga membuat laporan mengenai saudara mereka yang hilang.


Terdahulu, polis sudah menemukan 12 mayat dalam satu kubur besar dan menerusi operasi pencarian selepas suspek memaklumkan terdapat 16 lagi mangsa dibunuhnya.


“Sepanjang proses soal siasat dilakukan, suspek menceritakan tentang pembunuhan yang dilakukannya, selain dia juga dibawa ke beberapa lokasi yang dipercayai dijadikan tempat untuk menanam mangsa yang dibunuh.


“Terdapat beberapa kubur besar dan sehingga kini, polis masih melakukan proses penggalian untuk mengeluarkan mayat-mayat mangsa,” kata Ketua Polis Banjarnegara, Hendri Yulianto kepada Kompas.com.


Seorang ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Hidayat memberitahu, abangnya, Mulyadi menjadi mangsa bunuh suspek selepas dia berdepan dengan masalah kewangan.


Katanya, keluarganya sudah berulang kali mengingatkan Mulyadi supaya tidak mempercayai suspek yang boleh menggandakan duit, namun mangsa enggan mengendahkan nasihat tersebut.


“Adalah mustahil boleh gandakan duit secara ghaib, namun abang saya tetap percayakan Slamet sebelum dia tiba-tiba hilang dan kami buat laporan polis.


“Selepas kes ini dibongkar, kami akhirnya mengetahui abang saya sudah tiada akibat dibunuh Slamet,” ujarnya.


Mulyadi dipercayai dibunuh Slamet pada 2021 dan cebisan giginya ditemukan dalam satu kubur besar berhampiran kawasan kebun.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga..

Jgn percaya scammer.. kisah mona pendey patut jadi iktibar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada benang pasal ni laaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
https://b.cari.com.my//forum.php?mod=viewthread&tid=5166596&extra=

Dibuka oleh reline
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 90an dulu dah ada kes gini.siap ada vcd 'dukun AS' kalau tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 02:24 PM | Show all posts
ok leteww,, kurang sikit umat yg tak berapa nak cerdik ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2023 05:53 PM | Show all posts
[Dunia] Kekejaman dukun ganda wang Mbah Slamet
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5166596
Post time 26-4-2023 11:52 AM


sula ala

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.523947 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list