CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 570|Reply: 2

Baru Nak Peluk Sebab Ingatkan Pasangan Tidur Sekatil, Rupanya...

[Copy link]
Post time 28-4-2023 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Seorang penceroboh bukan sahaja mengejutkan tetamu di sebuah hotel empat bintang dekat United Kingdom (UK), malah dia menanggalkan pakaian dan baring di katil dengannya.


Metro UK melaporkan, Mason Sanders menginap di Hotel Hunton Park di Abbots Langley, Hertfordshire kerana rumahnya sedang diubah suai.




SWNS




Dia sebelum ini menginap di hotel bajet tetapi memutuskan untuk 'memanjakan' dirinya dengan menempah bilik dilengkapi katil berkembar yang berharga 60 Pound Sterling (kira-kira RM334) semalam.


Awal pagi keesokannya, Mason, 24, menyangka pasangannya yang baring di sebelah, namun terperanjat apabila menyedari individu terbabit adalah orang tidak dikenali.


Pengurus kedai itu mendakwa individu tidak dikenali diberikan kunci biliknya yang membolehkannya masuk kira-kira jam 3.50 pagi pada 17 Mac lalu.


"Saya hulurkan tangan kerana menyangka pasangan saya ada di sebelah. Rupa-rupanya, orang itu adalah lelaki mabuk yang masuk dengan tiba-tiba.


"Saya kemudian menjerit sebelum individu terbabit melompat dan berlari ke bilik mandi, mengambil pakaiannya kemudian berlari keluar dengan masih memakai seluar dalam," katanya.


Mason kemudian turun ke kaunter penyambut tetamu untuk bertanya sebelum kakitangan mengesahkan lelaki itu diberikan kunci bilik tanpa banyak soal.


Dia mengemukakan aduannya kepada pihak pengurusan pada waktu pagi tetapi ditawarkan ganti rugi yang tidak setimpal.


Berikutan itu, Mason nekad memfailkan saman terhadap Countrywide Hotels berhubung insiden itu.


"Di mana langkah perlindungan atau keselamatan untuk melindungi tetamu?


"Lelaki boleh terdedah sama seperti wanita dalam senario seperti ini, tetapi hotel enggan mengambil serius aduan saya.


"Ia adalah pengalaman yang ngeri, dan sesuatu yang akan diingati sampai bila-bila," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm muka gayah jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw umur 24 tapi muka persis melvins
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.977179 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list