CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

F1 sedia gegar Baku

[Copy link]
Post time 27-4-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Perlumbaan Formula Satu (F1) litar Baku.

BAKU: Perlumbaan Formula Satu (F1) sudah bersedia untuk memanaskan litar Baku hujung minggu ini dengan Azerbaijan bakal menjadi tuan rumah pertama perlumbaan pecut bagi musim 2023.

Selepas rehat panjang bulan ini akibat pembatalan Grand Prix (GP) China, pusingan perlumbaan diteruskan dengan perlumbaan pecut yang tidak membabitkan sesi lain.

Perubahan itu mungkin membenarkan pemandu untuk mengumpul mata pada Sabtu, meskipun sedar hasilnya tidak akan menentukan petak perlumbaan mereka pada hari Ahad.

Walaupun dipersetujui sebulat suara, format baharu ini mungkin merumitkan di litar jalan bandar di mana kelajuannya tinggi dan tembok penghadang tidak memberi ruang kepada kesilapan.


Trek berkenaan sudah menyaksikan banyak pelanggaran sejak mula memasuki kalendar F1 pada 2016.

"Agak melucukan untuk menganjurkan perlumbaan pecut pertama tahun ini di litar jalanan seperti Azerbaijan," kata prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner kepada pemberita pada perlumbaan sebelum ini di Australia.

"Dari sudut perspektif, penyokong, ia mungkin akan menjadi perlumbaan pecut paling menarik. Begitupun, dari perspektif kos, apa yang boleh kamu lakukan adalah ranapkan kereta dan ia membabitkan wang yang banyak di sana."

Dalam pada itu, prinsipal pasukan Haas, Guenther Steiner yang pasukannya mempunyai bajet terhad dan mengambilkira setiap kos kemalangan berkata: "Harap kami bukan yang malang... kerana sekarang, dengan bajet terhad, sekiranya kamu melakukan kerosakan, ia mungkin mengganggu keseluruhan musim.

"Ini kerana ia akan mengakibatkan kamu kurang perbelanjaan untuk pembangunan kereta nanti."

Baku masih belum mempunyai juara yang sama tetapi ia tampak akan berakhir dengan Max Verstappen dan Sergio Perez - yang kedua-dua pernah meraih kemenangan di sini - dilihat mempunyai jentera terbaik musim ini. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... f1-sedia-gegar-baku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.164828 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list