CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2351|Reply: 89

Haram Bagi Orang Dewasa Atau Sudah Akil Baligh Meminta Duit Raya

[Copy link]
Post time 27-4-2023 09:15 AM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN – Haram bagi orang dewasa atau sudah akil baligh meminta duit raya termasuk sebarang bentuk hadiah kerana ia boleh mengundang aib kepada orang yang diminta yang belum pasti mampu menunaikan permintaannya atau sebaliknya.


Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, Islam tidak menyukai sifat pemalas dan pengangguran, sebaliknya mahu umatnya sentiasa berusaha mencari pendapatan halal.


Katanya, hukum asal meminta-minta adalah haram kecuali dalam keadaan terdesak atau terpaksa.




Foto: Sinar Harian




“Tetapi dengan syarat pemin­ta tak berkeras terhadap orang yang diminta sehingga menjatuhkan air muka sendiri.


“Nabi SAW bersabda tidak halal meminta-minta kecuali dalam tiga situasi iaitu seorang yang menanggung beban perbelanjaan kerana menggunakannya untuk mendamai antara dua kumpulan yang bersengketa dan seorang ditimpa bencana sehingga rosak binasa hartanya,” kata beliau.


Menurut Wan Salim, golongan ketiga ialah mereka yang papa dan disaksikan kepapaannya itu oleh tiga orang dalam kalangan kaumnya sendiri.


Bagaimanapun, tambah beliau, meminta dibenarkan sekiranya benar-benar terdesak untuk meneruskan kehidupan.


Dalam pada itu katanya, perbuatan meminta duit raya semasa Hari Raya Aidilfitri juga sememangnya memberi pandangan yang rendah kepada pihak yang diminta.


“Jika kanak-kanak ia bukan dosa, tetapi bukan kepada orang dewasa. Sebab agama mengga­lakkan kita berusaha dan mencari rezeki sendiri,” ujarnya.


Ujar Wan Salim, kanak-kanak sepatutnya diberikan kasih sayang daripada orang dewasa terutama semasa Aidilfitri.


“Tidak perlulah tunggu mereka meminta duit raya, sepatutnya kita orang dewasa menghulurkannya dahulu terutama di hari lebaran ini sekadar menceriakan hati kanak-kanak.


“Lebih elok menyediakan amaun yang munasabah dan tidak membebankan seseorang serta mampu disediakan. Ini sekadar memberi keceriaan dan ke­gembiraan buat kanak-kanak,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2023 10:36 AM | Show all posts
benda nak happy happy seronok2 nak haram2.. adehaii..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian anak2 buah iols dapat duit haram sebab dorang mintak duit raya kat iols haritu
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Musibat sungguh jadi umat melayu. Tak pakai baju raya baru kena kecam. Tak kahwin kena kecam. Tak beranak kena kecam. Tak hulur duit raya kena kecam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:20 AM | Show all posts
LoL relax ah..
kadang2 orang minta pun bukan betul2 pun nak.. usik2 bah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:26 AM | Show all posts
serba serbi haram....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 27-4-2023 11:26 AM
serba serbi haram....

Kalau nak tulis serba serbi halal x ke panjang lebar mufti nak listkan, raya tahun depan pun xhabis, last2 hang yg melompat.

Hal orang Islam, biar tinggal dekat orang islam je deh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Mooverine replied at 27-4-2023 11:20 AM
LoL relax ah..
kadang2 orang minta pun bukan betul2 pun nak.. usik2 bah..

Usik2 boleh je, xde masalah. Bak kata che det
"saya cakap melayu malas tu untuk orang yg malas, yg rajin marah saya"

Mufti cakap pada yg betul2 buat benda haram, yg xbuat pulak koyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak bagi, bagi. Tak nak bagi, sudah. Kenapa lah nak buat teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:37 AM | Show all posts
JokesCop replied at 27-4-2023 11:32 AM
Kalau nak tulis serba serbi halal x ke panjang lebar mufti nak listkan, raya tahun depan pun xhabi ...

iyo la iols faham maksud chuols...
takrifan akil baligh tu iols tertnya2 kalau anak pompuan yg period seawal umur 9 thn dikira akil baligh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 27-4-2023 10:38 AM
Kesian anak2 buah iols dapat duit haram sebab dorang mintak duit raya kat iols haritu

Bukan salah budak2 tu, salah bapak2 dan pak menakan derang, xnak ajar benda halal.

Apa jenis anak mintak2 duit raya dekat sedara mara? Anak aku dah kena dah. Hodoh perangai.

Tapi jangan risau, anak2 buah hang xmakan harta haram. Perbuatan meminta2 tu saja yg haram, duit orang bagi masih halal. Hukum feqah dia xseteruk mcm hang pikir sendiri, semua pakai nas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:40 AM | Show all posts
JokesCop replied at 27-4-2023 11:35 AM
Usik2 boleh je, xde masalah. Bak kata che det
"saya cakap melayu malas tu untuk orang yg malas, yg ...

usik-usik pun tak boleh lah..
once dah minta, walau niat usik.. tetap haram kan jadinya sebab dah minta
atau saya salah faham?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:40 AM | Show all posts
JokesCop replied at 27-4-2023 11:35 AM
Usik2 boleh je, xde masalah. Bak kata che det
"saya cakap melayu malas tu untuk orang yg malas, yg ...

usik-usik pun tak boleh lah..
once dah minta, walau niat usik.. tetap haram kan jadinya sebab dah minta
atau saya salah faham?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:42 AM | Show all posts
zaman jajahan lain ...lain2 yg kuakan fatwa haram sana haram sinun...
sok2 kuakan fatwa xbalik raya harommm...jadah betulll
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mooverine replied at 27-4-2023 11:40 AM
usik-usik pun tak boleh lah..
once dah minta, walau niat usik.. tetap haram kan jadinya sebab dah ...

Dia kena tgk usik mcm mana. Biasa tengah bapak ke mak sedara suruh anak2 beratur minta duit raya, mesti ada sorang akan cakap.

"haa, pak long pun belom kerja lagi, pak long nak juga", diikuti gelak tawa sedara mara lain.

Tapi uruf tau pak long balik raya bawak Vellfire, pak long bagi duit raya sampai hujung kampung.

Hukum ni xtermasuk dalam hukum mufti sebab dia jatuh bawah gurau senda. Amal semua bergantung pada niat.

Tapi kalau lepas Pak long xdapat, dia maki hamun ucu, tarik muka, balik KL. Tu kita sembang hukum lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 27-4-2023 11:37 AM
iyo la iols faham maksud chuols...
takrifan akil baligh tu iols tertnya2 kalau anak pompuan yg per ...

Ya, akil baligh bermula dari haid bagi perempuan, dan keluar air mani bagi lelaki. Setelah itu layak bagi mereka dosa dan pahala.

Sebab tu tugas ibu dan ayah mengajar mereka mengenal perkara halal dan haram semasa mereka mumais. Yakni sudah membezakan baik dan buruk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 27-4-2023 11:40 AM
Bukan salah budak2 tu, salah bapak2 dan pak menakan derang, xnak ajar benda halal.

Apa jenis ana ...

Dorang just cakap, "uncle nak duit raya please?" macam tu je lepas salam2 pagi raya.
Takpe lah,dah suruh dorang bertaubat,buat solat taubat sekali.InsyaAllah,dorang tak kan ulang lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols still dapat lagi duit raya Dari tok n makcik2 iols...
Tapi takde mintak pung..dah dapat.kan..jadi iols terima jelah...
Depa.siap kata..nah buat beli jajan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Gurau2 je pun pak mufti... Sikit2 haram...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 27-4-2023 02:48 PM

Kenapa...nak marah,nak koyak,nak meroyan....tak di ajar di tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,sekolah agama,IPT.... dh bosar panjang lg nk meminta minta...bukan ni semua HANYA  BUDAYA(terikut ikut jer pung).........kafir ka???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.045271 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list