View: 718|Reply: 16
|
Tak Biasa Ada Skrip, Ryan Bakery Kekok Nak Berlakon Babak Cinta
[Copy link]
|
|
Pertama kali terlibat dalam telefilem bergenre romantik komedi, Ryan Bakery mengakui cabaran terbesar yang dihadapinya adalah kesukaran bermain adegan beremosi dengan lontaran dialog penuh perasaan.
Katanya, watak Jeff dalam drama bertajuk Challenge Accepted tersebut sebenarnya tidak terlalu sukar, namun dek terbiasa menjayakan komedi tanpa dialog yang spesifik, telefilem arahan Hadith Omar membuatkan dirinya berasa agak kekok.
Foto: IG
“Bagi saya nak kata susah sangat tidak, senang pun tidak. Boleh dikatakan kekok juga kerana dalam skrip ada adegan luah perasaan.
“Ini kali pertama untuk saya apabila harus menyampaikan skrip kerana saya sudah biasa melakonkan cerita komedi dan bebas berdialog,” kata pemilik nama lengkap Muhammad Ryan Fahmi Bakery itu.
Selain skrip, personaliti sosial media berusia 28 tahun itu turut harus bangun awal bagi menepati ‘call time’ semasa menjayakan penggambaran.
“Antara cabaran lain adalah ‘call time’ disebabkan penggambaran bermula pada awal pagi yang memerlukan saya sedia berada di set mengikut masa ditetapkan.
“Penggambaran juga dilaksanakan pada bulan puasa dengan jadual bermula dari pagi sehingga petang dan disambung semula petang ke malam,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ryan menyifatkan telefilem ini sebagai pengajaran yang boleh diambil buat semua pembuat kandungan dalam sosial media agar berjaga-jaga apabila menghasilkan sesebuah kandungan.
“Penonton harus menonton telefilem ini kerana ada pengajaran yang terkandung supaya ‘content creator’ di luar sana tidak buat kandungan yang bukan-bukan.
“Telefilem ini juga mengajar erti berusaha dan tidak mudah putus asa dalam melakukan sesuatu,” tutur pelantun lagu Raya Last Minit itu.
Telefilem siaran Astro Ria yang bakal ditayangkan pada 28 April ini pada pukul 10 pagi tersebut mengisahkan Jeff, seorang TikTokers terkenal dicabar peminat untuk mencari dan membuat wanita bernama Fatimah jatuh cinta kepadanya.
Selain Ryan Bakery, telefilem Challenge Accepted dijayakan pelakon Erysha Emyra dan Shasha Nadira. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai ke peminat dia? Cuba munculkan diri... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang senang jadi pelakon. Xpayah masuk aswara bagai. Rezeki dah tertulis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde yg berkualiti jadi pelakon ke.. alahai industry seni hiburan Malaysia yg makin kebelakang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Selekeh... Selebet... Berlemuih... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah... rendah nya standard rupa hero cintan malaya |
|
|
|
|
|
|
|
Semaknya la muka dia ni. Bleh tak berhenti amek tiktoker content bodoh masuk mainstream? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x pernah minat dia ni.. apa yg kelakarnye?? |
|
|
|
|
|
|
|
Semak la. Sapa nk tgk ko tu. Aku tak berkenan dgn dia ni la |
|
|
|
|
|
|
|
Muka cm tak mndi pun dpt masuk tv ke. Apa bdoh sgt ni |
|
|
|
|
|
|
|
Caari la yg sedap mata memandang..adooiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Aiols suka tengok video raya kelindan Ryan ngan Suneo. |
|
|
|
|
|
|
|
Rosaklah industri seni Malaysia kalau dpt artis2 express muka x siap mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|