CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22663|Reply: 580

Isteri Hafidz Roshdi Cari Penaja, Nak Sambung Belajar Luar Negara Walau Sedang Hamil

[Copy link]
Post time 25-4-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri berhasrat untuk menyambung pelajaran di luar negara.


Katanya cita-cita itu dapat direalisasikan sekiranya permohonan biasiswa yang dibuat mendapat kelulusan.


Foto: IG




Walaupun hamil, Shuhada enggan menjadikan keadaan diri dan anak-anak sebagai penghalang untuk mengejar cita-cita.


"Mungkin dulu saya mengikut perintah suami, namun kini tiba masanya saya ingin mengejar cita-cita yang sudah lama tertangguh. Malah, sekiranya permohonan untuk mendapatkan biasiswa lulus, saya akan bawa anak-anak bersama.




  



"Rakan-rakan yang mengenali saya dulu pasti ingat bagaimana saya sedang hamil membawa perut ke kelas. Jadi, jika saya meletakkan hasrat untuk membuat sesuatu, pastinya saya tekad.




  



"Saya pasti semua yang terjadi ada hikmahnya, namun sekiranya saya diberikan peluang untuk menyambung pelajaran, pastinya saya tidak mensia-siakan peluang itu.


"Andai kata ada yang ingin menaja, saya terima dengan tangan terbuka," katany kepada Harian Metro




  



Shuhada yang kini berdepan konflik rumah tangga dengan Hafidz mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai menerusi WhatsApp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.


Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah ialah Umar.




  



Berkongsi mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Shuhada bersyukur meraikannya bersama keluarga dan adik beradiknya di Perlis.


"Alhamdulillah, tangan yang dihulur lebih banyak pada tahun ini memandangkan saya sudah bermaustautin di Perlis bersama mak dan ayah di kampung.




  



"Adik-beradik pun ada jadi rasa lebih selamat. Malah, Humairah dan Umar juga mendapat baju raya dan kasut lebih lagi. Semestinya mereka lebih teruja dapat hadiah daripada orang sekeliling," kata Shuhada. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, lebih elok duduk keluarga jika single mom. Ada moral support
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk belajar kt msia je tak bole ke dik? Kt sini ko depress, kalau sorang2 kt overseas tu pun leh depress jgk kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nana_Man replied at 25-4-2023 03:09 PM
Nk belajar kt msia je tak bole ke dik? Kt sini ko depress, kalau sorang2 kt overseas tu pun leh depr ...

Mungkin nk bawa diri jauh kot dr pacik toksik yg jelir2 lidah tu


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:30 PM | Show all posts
kalau dah ada dua anak pastu beranak sorang lagi,  tinggi belanja nak tanggung semua kalau belajar obersee

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak iols yg dapat straight A spm tahun lepas tak dapat biasiswa mana2 pun. Susah nak dapat sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2023 03:39 PM | Show all posts
Nana_Man replied at 25-4-2023 03:09 PM
Nk belajar kt msia je tak bole ke dik? Kt sini ko depress, kalau sorang2 kt overseas tu pun leh depr ...

nak cari partner kpop kena lah merantau
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh main2 mintak kat socmed ye.. hg ingat hg sapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
buat personal loan utk sambung belajar
minta org tua bergadai tapak rumah sawah bendang
semua benda nak minta ehsan awam
kat perlis pun byk institusi pengajian tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Moyangkucing replied at 25-4-2023 03:33 PM
Anak iols yg dapat straight A spm tahun lepas tak dapat biasiswa mana2 pun. Susah nak dapat sekarang ...

Ambik MARA je sis.. JPA allowance sikit naw..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 25-4-2023 03:59 PM

ingat senang ke nak dok oversea belajar ngan 3 anak.. mana nak gi kelas, nak jaga 3 anak.  kos dok sana ngan belajar lagi.. ko bukan genius pun nak dapat tajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Motip mintak org taja belajar obersi? Malaysia ni bersepah uni ngan kolej.. Ko pun bukan genius mana smp nk org taja.. Duit jual biskut ko buat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:55 PM | Show all posts
wahhh2 bayau sendiri laaaa
orang lain ptptn sume kena bayau kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai sangat ke dia ni. Kos tinggi dgn anak 3 lg. Lainla kalau ko PS
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab ni macik tak berapa setuju ler
Sebab kami dulu nak dapat biasiswa Petronas
Kemain susah

Dan dia gunakan kesedihan hidup minta biasiswa
Kalau dia dapat biasiswa pun
Nak survive dengan anak2 kat sana bukan mudah
Yang single pun kena buat part time keje cashier wayang

Tapi entah lah rezki memasing
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kurang akal dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 03:59 PM | Show all posts
Edited by gekkou at 25-4-2023 04:01 PM

kekdahnya nk sambung belajar oversea tapi tak mampu minta penaja
dalam malaysia punyalah banyak uni yang elok2
murah lagi
anak2 pun dia boleh minta keluarga tengokkan bila dia g class or ada activity uni
kos nk bawa anak2 pun satu hal
ke dia nk g sorg tinggal anak2
eh koser plak nk menaja dia anak beranak
lepas tu kat sana flex amik picture berjalan sana sini
grocery shopping gtu sambil doa kat media sosial
hidup within ur means sahaja tak boleh kah?

dah tau tak mampu
kerjalah dulu sambil belajar part time kalau kemaruk sgt nk belajar
at least ada salary
tidaklah org bitter kau minta derma

lepas tu sampai sana
meratib ibu tinggal, super mom
belom mental stress bagai kan juggling between so called uni life + anak2 + ibu tinggal life + nk cari laki baru
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 04:00 PM | Show all posts
harkktuih replied at 25-4-2023 03:45 PM
Motip mintak org taja belajar obersi? Malaysia ni bersepah uni ngan kolej.. Ko pun bukan genius mana ...

cara dia buat pricing dan marketing biskut shelup pun mcm haper ntah

aku tak rasa dia ni pandai benar, work experience pun takde. Susah nak dapat biasiswa

tambah plak skrg kepala tengah bercelaru....bljr obersee mental kena kental
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita doakan ada yang boleh sponsor dia. Cuma bukan mudah untuk belajar di tempat orang kalau tak ada keluarga atau teman rapat yang membantu dengan dia bakal beranak tiga, samada dari segi kewangan dan kekangan masa. Lebih baik dia sambung di local U pada masa yang sama ambil part time tutor etc. Since dia dah bermastatin di Perlis, Uitm dan unimap the best choice.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 25-4-2023 03:44 PM
ingat senang ke nak dok oversea belajar ngan 3 anak.. mana nak gi kelas, nak jaga 3 anak.  kos dok s ...

Dia ingt tu drama melayu… beranak kt overseas, blajar kt overseas…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.080306 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list