View: 951|Reply: 8
|
Langsung Tiada Petunjuk Baharu Kehilangan Zalina Azman
[Copy link]
|
|
Shah Alam: Sudah hampir dua tahun kejadian kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman berlaku namun ia masih misteri dan terus kekal menjadi tanda tanya.
Apa yang berlaku sebenarnya kepada beliau yang sehingga kini masih belum ada petunjuk baharu sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Pelbagai usaha dilakukan pihak polis untuk mengesan keberadaan Zalina Azman, namun sehingga kini tiada sebarang petunjuk baharu yang dapat merungkaikan misteri kehilangan beliau yang mengejutkan negara selepas berita kehilangannya itu diuar-uarkan pihak polis tahun lalu.
Tidak cukup dengan itu, pelbagai andaian oleh dibuat oleh netizen berhubung kehilangannya namun sehingga kini tiada satu pun yang dapat disahkan.
Sehingga kini, tiada petunjuk baharu berhubung kehilangannya pada November 2021 walaupun sudah tiga kali pasukan penyiasat ke rumah dimiliki personaliti terbabit.
Wartawan sekali lagi membuat tinjauan di rumah Zalina di Seksyen 3 di sini namun mendapati keadaan rumah terbabit lengang dan sunyi selain sudah dipenuhi lalang.
Malah, pintu pagar juga ditutup rapat apabia kerja pengubahsuaian kediaman itu berhenti selepas beliau hilang.
Seorang penghuni kawasan itu, Mohammad Bokhari Shariff, 77, yang juga pemilik pusat tahfiz mengakui tidak pernah bersua dengan Zalina sejak wanita berkenaan pindah di situ.
"Kami sebenarnya belum sempat bertemu dengannya kerana dia hanya duduk sekejap sahaja selepas membeli kediaman itu.
"Dia kemudian mengubah suai kediaman itu malah saya ada juga menyemak dengan masjid di sini sama ada dia ada bertemu pihak Ahli Jawatankuasa memaklumkan dia berpindah ke sini, namun mereka juga memberitahu dia belum berdaftar sebagai kariah di sini," katanya.
Menurutnya, sebelum ini, kawasan itu memang menjadi tumpuan selepas polis membuat hebahan kehilangannya di mana dia melihat beberapa kali polis datang ke kediaman itu menjalankan siasatan.
"Namun, selepas itu kediaman itu kembali sunyi namun setakat ini saya lihat barangan di kediaman itu tidak terusik malah tidak dicuri.
"Selalunya rumah tinggal ini akan menjadi sasaran mereka mencuri, namun setakat ini ia tidak berlaku," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan Klasifikasi Orang Hilang sentiasa dalam radar polis untuk kesan sebarang perkembangan baru.
"roses ini akan berlaku sehingga orang/mangsa terbabit dijumpai dan kita tidak pernah menutup kes ini," katanya.
Pada Julai tahun lalu, berita kehilangan personaliti berkenaan dikongsikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi satu laporan.
Dalam laporan berkenaan, Zalina disifatkan berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan beralamat akhir di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.
Kali terakhir anak kepada bekas personaliti TV3 itu berhubung dengan ibunya adalah pada Julai tahun lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Meolls rasa dah tiba masanya bukak thread baru utk Zalina ni bole acik2 berkuntum komen kat situ
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Polis ada jumpa badan ditanam dlm simen di klang..katanya perempuan . Kemungkinan dia adalah ada |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki replied at 5-12-2023 01:14 AM
Polis ada jumpa badan ditanam dlm simen di klang..katanya perempuan . Kemungkinan dia adalah ada
Aku pun td tgok berita tu trus tringt zalina azman. Cuma aku curious. Yg tetiba dorg rasa nk korek simen tu knpa. What lead them to that? Ada bau ke ,nmpk juntaian rambut ke apa. Seram sgguh. Klu yg tu, td dh sah si pelaku dua org, foreigner. Kejap je polis mlysia buat keje. |
|
|
|
|
|
|
|
klu jupe last tu anaknya, xleh check ke rumah anaknya, geledah bagai..
cm suspicious plak |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki replied at 5-12-2023 01:14 AM
Polis ada jumpa badan ditanam dlm simen di klang..katanya perempuan . Kemungkinan dia adalah ada
Ya Allah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 5-12-2023 01:26 AM
Aku pun td tgok berita tu trus tringt zalina azman. Cuma aku curious. Yg tetiba dorg rasa nk kore ...
Kan korek sbb tu asalnya kolah. Tuan rumah cek rumah sb ada penyewa baru nk masuk. Bila cek bilik air tgk ada tambahan simen (dkt kolah) so tuan rumah call penyewa lama kenapa simen? Penyewa lama jawab ada bangkai tikus, nk tutup bau. Jd sb ada penyewa baru nk masuk, tuan rumah minta tukang buang simen tu.
Xde apa yg suspicious pon. Kebetulan je. Info awal mcm syak wanita warga asing. Cuma i terfikir adakah nasib zalina ni sama mcm tu? Sbb tu xjumpa2 atau jatuh dlm sungai ke. |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 5-12-2023 10:32 AM
Kan korek sbb tu asalnya kolah. Tuan rumah cek rumah sb ada penyewa baru nk masuk. Bila cek bilik ...
Oh tq tlg crita balik.aku xsempat nk bca pjg2. Kepala pun sakit smcm plk lately. Dh nk ajal ke aku ni. *sad.
Nth le mybe zalina pun gitu. Aku akn follow gak nk tau updte zalina. Aku minat genre2 penyiasatan. Depa p hntaq ke porensik la kot mayat nie, semak DNA. Klu yg ni la zalina.... how seram it is.!! |
|
|
|
|
|
|
|
Take update terkini ke?? Mana dia so called best friend zalina yg terpalinggg |
|
|
|
|
|
|
| |
|