CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1186|Reply: 11

Isteri Abang Viva Keguguran- Lupakan Sengketa, 3 Hari Balik Rumah Mentua

[Copy link]
Post time 25-4-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Isteri Abang Viva, Evanoza Zakaria, tidak menganggap topik zuriat sebagai soalan yang sensitif, sebaliknya sentiasa berlapang dada jika ada yang bertanya.


Dedahnya dia pernah keguguran dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.


Foto: IG




"Saya rasa itu hak semua orang untuk bertanya tentang kehamilan sewaktu beraya. Saya tak kecil hati jika ditanya. Saya sebenarnya pernah alami keguguran pada hujung tahun lepas.


"Masa tu saya bunting pelamin. Keguguran berlaku sebab kandungan saya di luar rahim. Masa tu saya pun tak tahu sedang berbadan dua. Tiba-tiba berlaku pendarahan, barulah tahu.


"Saya percaya, kalau ada rezeki, InsyaAllah kami akan dikurniakan zuriat suatu masa nanti. Saya terus berdoa dan harap orang di luar sana juga dapat doakan saya dan suami," ujarnya kepada mStar.


Bercerita tentang pengalaman pertamanya menyambut Ramadan serta Aidilfitri bersama Azwan, Evanoza berkata dia tidak berdepan banyak kesukaran memandangkan suaminya seorang lelaki yang ringkas.


"Sama je sebenarnya. Masa tak ada Azwan dulu pun saya kena masak juga untuk sahur dan berbuka. Azwan jenis ringkas. Kalau masak tiga lauk pun, dia makan satu jenis lauk saja. Semua menu ringkas.


"Baju raya juga kami beli dua pasang saja. Tak mahu membazir. Dari segi kuih raya pula, saya sebenarnya bukanlah tak pandai. Tapi disebabkan kekangan masa, jadi tahun ini hanya kuih 'tunjuk-tunjuk' saja," ujar Evanoza berseloroh.




Foto: mStar




Menurut jurulatih kecergasan itu, dia beruntung kerana kedua-dua belah keluarga sememangnya menetap di Melaka, sekali gus tidak berlaku 'perang' untuk menentukan giliran balik beraya.


"Tahun ini saya akan balik beraya di rumah mentua di Jasin. Akan balik dalam tiga hari sebelum raya. Lagi seronok sebab bapa mentua niaga lemang, boleh la saya belajar juga.


"ada sebelah petang raya pertama, InsyaAllah saya dan suami akan balik ke rumah keluarga saya pula di Sungai Udang. Tak payah gaduh nak fikir giliran raya, jarak perjalanan pun sejam saja antara rumah mentua dan rumah keluarga saya," ujarnya lagi.


Dalam kesempatan sama, Evanoza turut menitipkan salam lebaran buat semua rakyat Malaysia yang mengenali dia dan suami, malah turut mengajak sesiapa yang berkelapangan untuk beraya di kediamannya.


"Selamat Hari Raya daripada kami berdua. Terima kasih atas sokongan semua orang untuk kebahagiaan kami. Kalau kami ada buat silap, mohon ampun dan maaf.


"Yang nak datang beraya, dipersilakan datang. Walaupun tak ada rumah terbuka, boleh datang saja," ujarnya mengakhiri bicara.


Untuk rekod, pasangan itu selamat mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober tahun lalu.


Bertempat di Pejabat Agama Islam Melaka, Azwan yang menyerahkan mas kahwin sebanyak RM150, sebentuk cincin serta wang hantaran bernilai RM8,888 sah bergelar suami kepada Evanoza dengan sekali lafaz.


Pada waktu itu, nama mereka turut kecoh diperkatakan kerana didakwa membelakangi keluarga dan bernikah tanpa pengetahuan orang tua.


Kemelut dalam keluarga Azwan bagaimanapun berjaya diselesaikan dan mereka semua berdamai antara satu sama lain. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bila hal rumah tangga org masuk bod CI nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 01:27 PM | Show all posts
Indonka pompuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baca nama evanoza ni mcm exora+alza plak
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada gak berita positif pasal rumah tangga org...asyik2 berita cerai, gaduh n skandal
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 02:29 PM | Show all posts
shernazz replied at 25-4-2023 01:48 PM
Iols baca nama evanoza ni mcm exora+alza plak

Avanza + innova dlm kepala iols

Selamat hari raye kaka shernazz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 25-4-2023 02:29 PM
Avanza + innova dlm kepala iols

Selamat hari raye kaka shernazz

Selamat hari raya dik thunder..
Balik.kampung ke raya ni?
Iols raya bandor je...hihi
Jumaat ni baru balik kampung rumah mertua
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 05:44 PM | Show all posts
Nama very the urban yaachh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 25-4-2023 03:36 PM
Selamat hari raya dik thunder..
Balik.kampung ke raya ni?
Iols raya bandor je...hihi

Blk umah mak ai ja sehari seblom raya.
Raya ke2 dh cabot blk umah sbb xmau jem punya pasal.
Seronok blk kali ni sbb tadak mkn jem pegi & blk
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 25-4-2023 01:48 PM
Iols baca nama evanoza ni mcm exora+alza plak

Akak pulak teringat kereta Avanza, kereta kahwin dengan kereta
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 25-4-2023 10:04 PM
Blk umah mak ai ja sehari seblom raya.
Raya ke2 dh cabot blk umah sbb xmau jem punya pasal.
Serono ...

Wow syiok.maa..
Heaven sangat kalau pergi n balik takdak jem..
Iols pung best..ldp ni tak jem.langsung..
Iols gi ou dalam 25 Minit je...alahai...rare sungguh timing tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2023 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-4-2023 10:06 PM
Akak pulak teringat kereta Avanza, kereta kahwin dengan kereta ...

Hahaha...
Viva kahwin dgn Avanza kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048735 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list