CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 6

Kesan Perang AS-China Lebih Teruk Daripada Covid-19

[Copy link]
Post time 25-4-2023 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pakar pertahanan memberi amaran bahawa perang antara Amerika Syarikat (AS) dan China sekiranya berlaku, boleh mengakibatkan kesan jauh lebih buruk berbanding semasa pandemik Covid-19, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Penganalisis dasar luar negara, Dr. Alan Mendoza mengecam Barat kerana tidak melakukan usaha mencukupi untuk bersedia menghadapi kemungkinan bagi satu lagi ‘wabak’ atau konflik global.


Menurut Mendoza, risiko perang AS-China ke atas Taiwan boleh mengakibatkan kejutan ekonomi ‘seismik’ yang berisiko mengganggu rantaian bekalan penting sehingga mencetuskan inflasi besar-besaran serta menyebabkan kekurangan bekalan.


Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) berkumpul ketika latihan diadakan di kawasan
pergunungan di wilayah Xinjiang pada 4 Januari 2021. - AFP




Pakar-pakar sebelum ini memberi amaran bahawa Taiwan berada pada ‘titik pertembungan’ di tengah-tengah hubungan AS-China yang semakin merosot.


Taiwan adalah kuasa besar global dalam pengeluaran semikonduktor di mana bahan itu digunakan dalam hampir setiap bahagian kehidupan moden termasuk pembuatan telefon pintar dan kereta.


Menurut Mendoza, perang tersebut boleh mengakibatkan gangguan  ketara dalam rantaian bekalan dan menjejaskan penghasilan komponen penting secara signifikan.


“Realitinya adalah segala-galanya sangat rapuh pada rantaian bekalan. Walaupun sedikit kelewatan, ia akan mengakibatkan tindak balas seismik di seluruh dunia.


“Semasa Covid-19, setiap negara cuba menyelesaikannya (masalah rantaian) tetapi tidak pernah ada kekurangan sepenuhnya pada bekalan.


“Keadaan itu berbeza dalam peperangan kerana bekalan tidak dapat disalurkan jika Taiwan diserang,” katanya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 10:24 AM | Show all posts
memang perang dunia ke-3 ke??
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 04:38 PM | Show all posts
sayurmayur88: memang perang dunia ke-3 ke??

China dah ready nak ww3. U.S masih teragak-agak.
Jepun dan Taiwan dah ketakutan dengan hypersonic Missile China.

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh ke hidup aman2 je tak payah urus negara orang lain. Jaga rakyat sendiri. Bongok lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nuklear jangan tak nuklear! uraaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi saja lah perang di taiwan... China mahu sangat taiwan biar dapat seperti sahara desert.. Nothing... Cina sama cina perang.. Caucasian supply bullet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2023 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak cuma kenal Farah Mendosa jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.058203 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list