View: 1785|Reply: 8
|
Mira mohon maaf kepada Ah Moi, jadi kekasih View Chin lepas cerai
[Copy link]
|
|
Mira (kanan) dan View Chin (kiri)
Mira mohon maaf kepada Ah Moi, jadi kekasih View Chin lepas cerai
PETALING JAYA – Amirah Aqilah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira mengakui hubungan cinta bersama pempengaruh media sosial, View Chin hanya bermula setelah pasangan suami isteri itu berpisah.
Mira menerusi hantaran yang dimuat naik di Insta Story di akaun Instagramnya, turut memohon maaf secara terbuka kepada bekas isteri View Chin, Shermine Hau Ah Moi dan anak-anaknya.
“Saya Amirah Aqilah Firdaus ingin memohon maaf kepada Shermine, Sylvia, Scarlett and Shyane setelah apa yang berlaku.
“Saya rasa menyesal dan mengakui segala kesilapan saya. Tetapi hubungan saya dan View Chin bermula setelah mereka telah sah bercerai.
“Bukan semasa mereka mash bersama seperti yang telah tular sekarang,” tulisnya.
Tambah Mira, dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan hubungan penceraian itu dan sanggup menerima segala kecaman dengan hati yang terbuka.
Terdahulu, krisis rumah tangga pasangan
View Chin dan Shermine bergolak selepas bekas isterinya itu mendedahkan kecurangan di media sosial baru-baru ini.
Setelah pendedahan itu dibuat, hanya View Chin dan Shermine sahaja yang memuat naik hantaran di media sosial manakala Mira tidak memunculkan diri sehinggalah sekarang.
View Chin turut membuat pengakuan secara ekslusif bersama Kosmo!, bahawa dia telah bersedia memeluk agama Islam dan bakal mengahwini Mira. – KOSMO! ONLINE.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm okay. Apa2 je lah haha |
|
|
|
|
|
|
|
kau ngat ahmoi tu islam ke nak bermaafan time hari raya? |
|
|
|
|
|
|
|
Hari2 kau jumpa ahmoi kat office kau selamba dekat2 dgn apek tu kau tak mintak maaf ke? Seronoklah kan dapat tackle boss sampai cerai berai laki bini. Muka tak bersalah langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
she's back. |
|
|
|
|
|
|
|
sehari dua ni i ternampak dia dk menjual kt tiktok farmasi pula. Dh berhenti kerja dgn View ke or dia just jemputan kt situ? Sheols ni mmg jenis muka tebal, kt komen live semua perli2 dia aja sampai ada time terpaksa off komen. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke masa ko pegi menyundal kat bangi tu masa diorang tak cerai lagi…. bangsat… |
|
|
|
|
|
|
| |
|