Faizal yang aktif dalam badan bukan kerajaan berkaitan pelarian berkata, dia melihat sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin juga bermusim.
"Itu fitrah manusia, kalau kita tengok sekarang dengan media sosial semua berkaitan dengan 'trend'. Manusia secara fitrahnya memang ikuti dan ambil tahu perkara yang sedang 'trending'.
"Itu tidak jadi masalah, sebab jika mahu tumpukan sepanjang masa boleh menimbulkan tekanan dan kemarahan sehingga tidak terkawal.
"Sebenarnya boleh kata setiap hari ada yang dibom. Namun manusia akan tiba satu tahap akan penat dengan perkara ini yang dilihat tidak berkesudahan.
"Sebab itu sebagai orang Islam kita kena istiqamah, mendoakan mereka," katanya.
Sumber: HARIAN METRO