Berkongsi tentang Hari Raya Aidilfitri, Nelydia berkata, dia dan suami Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid tidak pulang ke kampung sebaliknya meraikan lebaran di Kuala Lumpur.
Adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini juga sentiasa bersedia sekiranya ada yang bertanya soal zuriat yang menjadi topik perbualan apabila bertemu sanak saudara di ruma terbuka.
Tidak berkecil hati dengan pertanyaan itu, Nelydia sebaliknya melihat soalan itu sebagai tanda prihatin dan doa agar mereka segera dikurniakan cahaya mata.
"Tiada isu pun kalau ada yang bertanya. Saya tahu yang bertanya itu sekadar mahu tahu sahaja. Itu juga tanda mereka ambil berat dan mendoakan kami.
Untuk rekod Nelydia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Hafez, 39, pada 6 April 2019.
Sumber: mStar